Resepi Tart Telur Simple Guna Roti Paratha, Bakar Dalam Air Fryer Pun Menjadi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Roti paratha bukan saja boleh digoreng dan makan begitu saja, malah anda boleh gunakannya untuk buat resepi Tart Telur simple. Paling penting, hasilnya menjadi dan sedap dimakan.
Tart Telur atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai portugese egg tart adalah pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak.
Biasanya kulit tart dibuat daripada tepung, tapi kami baru dapat tahu bahawa ada cara yang lebih mudah dengan menggunakan roti paratha saja.
Jika ingin tahu bagaimana cara membuatnya, anda boleh ikut resepi Tart Telur simple yang dikongsikan oleh Syana Anuya Manmad di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
RESEPI TART TELUR SIMPLE
Bahan-bahan:
- 200ml whipping cream (1 kotak kecil)
- 100ml susu kotak
- Sedikit esen vanilla
- 3 biji telur (guna kuning telur saja)
- Susu pekat (ikut manis yang disukai, rasa dulu)
- 2 keping paratha (biar lembut sikit baru gulung)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan whipping cream, susu kotak, esen vanilla, kuning telur dan susu pekat.
2. Selepas itu, whisk sampai sebati, tapis dan ketepikan terlebih dahulu.
3. Apabila roti paratha sudah sedikit lembut, gulung kedua-dua lapis sekali.
4. Potong roti paratha kepada 5 hingga 6 ketul, kemudian tekan-tekan supaya jadi bulat dan nipis.
5. Seterusnya, susun dalam acuan sebagai kulit tart dan cucuk-cucuk dengan garfu.
6. Kemudian, tuang adunan tart ke dalam acuan sampai penuh, tapi pastikan jangan melimpah.
7. Selepas itu, panaskan air fryer selama 5 minit terlebih dahulu.
8. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 180ºC selama 25 minit. Siap untuk dinikmati!
Resepi Tart Telur simple ini boleh dijadikan sebagai idea menarik untuk dibuat di rumah. Rasa rangup kulit roti paratha di bahagian luar, ditambah pula lembutnya krim di dalam. Sekali makan, pasti nak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Syana Anuya Manmad
Baca juga: Resipi Tart Telur Cara Mudah, Hasilnya Tart Masak Elok & Cantik Kejadiannya!
The post Resepi Tart Telur Simple Guna Roti Paratha, Bakar Dalam Air Fryer Pun Menjadi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan