Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Bapa genggam erat tangan jenazah anak perempuan

ANKARA – Sekeping gambar memaparkan seorang bapa menggenggam erat tangan anak perempuannya yang mati selepas terperangkap di bawah kepingan konkrit, meruntun hati orang ramai di seluruh dunia.

Gambar itu dirakam ketika Turkiye dan Syria terus bergelut selepas gempa bumi kuat berganda mengorbankan lebih 7,000 orang di kedua-dua negara setakat kelmarin.

Menurut akhbar New York Post, gambar itu dirakam di bandar Kahramanmaras, Turkiye di mana pasukan penyelamat terus bertungkus lumus menga­lihkan sisa runtuhan selepas gempa berukuran 7.8 pada skala Richter itu berlaku Isnin lalu.

Mesut Hancer yang berpa­kaian kot oren duduk di atas timbunan serpihan dan memegang erat tangan anak perempuannya, Irmak, 15, yang terjulur keluar dari bawah bongkah konkrit besar yang tumbang dan menghempap dirinya.

Seorang pegawai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebelum ini memberi amaran bahawa ribuan kanak-kanak antara mangsa yang terkorban.

Agensi berita The Associated Press pula melaporkan senario seorang lelaki Syria mendukung gadis yang sudah meninggal du­nia sambil berjalan meninggalkan timbunan serpihan bangunan dua tingkat yang runtuh.

Lelaki itu kemudian meletakkan mangsa di bawah selimut untuk melindunginya daripada hujan, sebelum membungkus mayat dengan selimut besar.

Terdapat juga laporan me­ngenai kanak-kanak diselamatkan dari bangunan runtuh, termasuk seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam keadaan tali pusat masih bersambung dengan ibunya. Wanita itu meninggal dunia di rumahnya di utara Syria.

Di bandar Jinderis, barat laut Syria, gadis bernama Nour berjaya ditarik keluar dalam kea­daan masih hidup dari bawah serpihan bangunan.

Seorang anggota penyelamat memegang kepala mangsa dan mengelap debu pada matanya dengan lembut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, angka kematian akibat gempa bumi awal dan gegaran susulan di Turkiye serta Syria boleh mencecah 20,000 orang.

“Ini adalah perlumbaan de­ngan masa. Setiap minit dan jam berlalu menandakan peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup makin tipis,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Agensi

The post Bapa genggam erat tangan jenazah anak perempuan appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!