Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Dunia hilang lebih 400 bilionair tahun lalu

SHANGHAI – Lebih 400 orang hilang status bilionair pada tahun lalu dengan ramai daripada mereka adalah dari China, lapor portal berita Channel News Asia kelmarin.

Senario itu antara lain berpunca daripada kawalan ketat kewangan, gangguan akibat pandemik Covid-19 dan tindakan Beijing memerangi syarikat-syarikat gergasi teknologi.

China hilang seramai 229 bilionair dalam ranking Hurun Global Rich List 2023 atau lebih separuh daripada 445 bilionair yang hilang daripada senarai tersebut, demikian menurut laporan Hurun Report kelmarin. Hurun Global Rich List mengandungi nama individu yang memiliki kekayaan bersih sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.42 bilion).

Bagaimanapun, China turut menambah 69 bilionair baharu dalam senarai tersebut sepanjang tempoh sama.

“Jumlah bilionair dunia berkurangan sebanyak 8 peratus, manakala jumlah kekayaan mereka susut 10 peratus,” kata Pengasas dan Pengerusi Hurun Report, Rupert Hoogewerf yang menambah, seramai 3,112 bilionair berada dalam senarai itu berbanding 3,381 orang pada tahun sebelumnya.

China kekal sebagai penyumbang terbesar golongan kaya itu dengan jumlah keseluruhan 969 bilionair setakat 16 Januari lalu, jauh mengatasi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 691 bilionair.

Jenama-jenama mewah mencatat prestasi baik tahun lalu dengan ketua kumpulan LVMH, Bernard Arnault mengungguli senarai berkenaan, manakala pewaris Hermes, Bertrand Puech dan keluarga berada di tempat ketiga.

Nama-nama menonjol yang terkeluar daripada senarai itu termasuk Sam Bankman-Fried yang hilang kekayaan sebanyak AS$21 bilion (RM92.92 bilion) selepas kejatuhan bursa mata wang kripto, FTX.

Di China, Jack Ma yang merupakan pengasas syarikat gergasi e-dagang Alibaba Group Holding turun ke tempat ke-52 daripada tangga 34 pada tahun sebelumnya. Kejatuhan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh tindakan keras kawal selia China ke atas sektor teknologinya.

“Kenaikan kadar faedah, peningkatan dolar AS, kemunculan gelembung teknologi yang didorong oleh Covid-19 dan kesan berterusan perang Russia-Ukraine, semua ini telah menjejaskan pasaran saham,” kata Hoogewerf.

Pada tahun lalu hingga akhir Januari lepas, indeks pasaran saham AS iaitu Standard and Poor’s (S&P) 500 menjunam lebih daripada 14 peratus, manakala di China, penanda aras indeks Komposit Shanghai kehilangan hampir 11 peratus.

Sementara itu, mata wang China, yuan kehilangan kira-kira 8 peratus nilainya berbanding dolar yang melonjak pada 2022 iaitu penurunan tahunan terbesar sejak 1994. – AFP

 

The post Dunia hilang lebih 400 bilionair tahun lalu appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!