Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Ibu tiga anak jadi ketua keluarga lepas suami kemalangan

KOTA TINGGI – Seorang wanita mengambil alih tugas menyara keluarga selepas suami yang menjadi tempat bergantung harap terlibat dalam kemalangan empat tahun lalu.

Nora Abdul Ghani, 39, berkata, suaminya, Norazam Badri, 47, sebelum ini adalah pekerja kontrak memakai alat besi di kaki bagi membantu pertumbuhan tulang selepas betisnya patah setelah terbabit nahas melibatkan lori di Pengerang.

Selain kaki, tulang pinggul Norazam juga hancur selain gegaran di kepala sehingga menyebabkan lelaki itu mudah lupa.

“Akibat kemalangan itu, suami dimasukkan ke hospital selama empat bulan dan menjalani tujuh kali pembedahan.

“Kaki kiri suami sepatutnya dipotong, namun dia minta agar anggota itu diselamatkan. Dia sanggup guna tongkat seumur hidup,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Felda Air Tawar 2 di sini baru-baru ini.

Keluarga itu bernasib baik ke­rana menerima wang Perkeso sebanyak RM1,020 sebulan, namun masih tidak mencukupi untuk menampung belanja menyebabkan Nora terpaksa membuat kerja sam­pingan seperti menjaga kanak-kanak dan warga emas, mengurut dan membersihkan rumah penduduk.

Nora memberitahu, selain me­nyara tiga anak, dia turut menjaga abang iparnya yang berstatus orang kurang upaya.

“Kos pengangkutan ke hospital RM150 bagi sekali rawatan. Dahulu empat kali sebulan, sekarang dua bulan sekali. Alhamdulillah suami tidak pernah terlepas ra­watan lagi setakat ini,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional atas nama Norazam yang bernombor 01200-29000-423552.

The post Ibu tiga anak jadi ketua keluarga lepas suami kemalangan appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!