Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Imej
https://ift.tt/dqVx2Mw Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat. Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap. Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat! RESEPI TELUR BERLADO Bahan-bahan: Telur Lada merah besar* Cili hijau* Bawang besar* Bawang putih* Halia* Sos tiram Cukup rasa Air Cara memasak: Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup ras...

Pelanggan Mengadu Ketupat Palas Frozen Pecah, Peniaga Kongsi Cara Kukus Buat Netizen Terhibur

https://ift.tt/9VQyIT7

ketupat palas frozen

Setiap hari peniaga akan hadapi pelbagai ragam pelanggan. Baru-baru ini, seorang peniaga dapat review 1 bintang oleh pelanggannya yang tak kukus ketupat palas frozen dahulu.

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan sangat popular pada musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri.

Bagi memastikan ketupat palas lebih tahan lama, ia boleh dibuat secara sejuk beku. Namun, anda tak boleh makan begitu saja dan harus mengukusnya terlebih dahulu.

Baca juga: Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut

PELANGGAN MENGADU PECAH BERDERAI, RUPANYA TAK KUKUS KETUPAT PALAS FROZEN DAHULU

ketupat palas frozen

Seorang peniaga ketupat palas telah mendapat review 1 bintang daripada pelanggannya kerana mendakwa makanan yang dibelinya pecah berderai.

Dalam pada masa yang sama, pelanggan itu turut menunjukkan video dan gambar sebagai bukti dan meminta peniaga untuk menukarnya dengan ketupat palas yang boleh dimakan.

“Buka satu untuk cuba. Ketupat pecah berderai. Macam mana ini? Tolong tukar dengan ketupat yang boleh dimakan.”

-Pelanggan-

Padahal, peniaga telah meletakkan panduan pada bahagian bungkusan tentang cara penyediaan ketupat palas frozen yang perlu dikukus selama 30 minit setelah air mendidih.

PENIAGA TUNJUK CARA KUKUS KETUPAT PALAS FROZEN YANG BETUL

@frozen_foodie Jangan mcm ni kak kesian sy dapat rating mcm nii 😅 . #ketupat #ketupatpalas ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Setelah mendapat review sedemikian, peniaga terus kongsikan video melalui akaun frozen_foodie di TikTok tentang cara-cara kukus ketupat palas frozen yang betul.

Cara kukus ketupat palas frozen:

  1. Mula-mula, sediakan pengukus yang telah mendidih airnya.
  2. Selepas itu, masukkan ketupat ke dalam pengukus.
  3. Akhir sekali, kukus dalam 30 hingga 40 minit, kemudian boleh makan.

Selain itu, peniaga juga turut kongsikan cara buka ketupat palas tanpa buka ikatan membuatkan netizen semakin teruja kerana ada yang baru tahu tentangnya.

Apabila melihat pada komen netizen, rata-rata semuanya menyokong peniaga itu dan menyuruhnya bersabar melayan kerenah pelanggan.

KOMEN NETIZEN TENTANG PELANGGAN BUAT RAMAI BERDEKAH

“Dah 2025 pun, masih ada lagi yang tak tahu ketupat palas frozen.”

ketupat palas frozen

“Kak, tak pernah masuk dapur ke?”

ketupat palas frozen

“Akak asal planet mana?”

“Tak sampai lagi tahap macam ini.”

“Pening tak melayan pelanggan?”

“Akak suka makan sejuk-sejuk.”

Kesimpulannya, anda perlu semak label makanan sebelum makan supaya tak berlaku kejadian seperti ini lagi. Jadi, dinasihatkan jangan bagi review sembarangan selepas ini.

Kami kagum dengan kesabaran para peniaga melayan pelbagai ragam pelanggan. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, kita digalakkan untuk banyak bersabar dalam apa jua keadaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: frozen_foodie

Baca juga: Lelaki Buka Gerai Mini Bazar Depan Rumah Tapi Tiada Pelanggan, Ini Antara Reaksi Netizen

The post Pelanggan Mengadu Ketupat Palas Frozen Pecah, Peniaga Kongsi Cara Kukus Buat Netizen Terhibur appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan