Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Original Negeri Sembilan, Menu Paling Mudah Nak Buat!

Imej
https://ift.tt/QwZ8zH5 Jom cuba resipi masak lemak ayam cili api gaya asli Negeri Sembilan ini! Yang menariknya, resipi ini langsung tak gunakan bawang, memang ikut cara tradisi. Kalau rindu dengan rasa masak lemak Negeri Sembilan yang asli, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah. Makan pula dengan nasi panas-panas memang berselera, tak berhenti menyuap! Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Ketumbar, Perapan Rahsia Ini Confirm Sedap Menjilat Jari! RESIPI MASAK LEMAK AYAM CILI API ORIGINAL NEGERI SEMBILAN Bahan-bahan: 1 ekor ayam – dipotong 16 dan dibersihkan 2 batang serai – diketuk 1 kg santan – kerana suka kuah pekat dan banyak 1 helai daun kunyit – buang urat tengah Garam, gula dan serbuk perasa – secukup rasa Air secukupnya – mengikut kepekatan kuah yang diingini (anggaran 1–2 gelas) Bahan kisar: 15 biji cili padi (atau ikut tahap kepedasan yang disukai) 2 inci kunyit hidup Cara memasak: Masukkan ayam, serai dan bahan kisar ke dalam periuk. Kaca...

Ibu bapa suka mendera perlu sokongan mental

NURUL IZZATI ZAINI
Wartawan Eksekutif

KES penderaan kanak-kanak di Malaysia bukanlah perkara baharu, malah semakin hari semakin meningkat dan tidak terkawal.

Banyak kisah menyayat hati melibatkan insan tidak berdosa diperlakukan tanpa hak yang sepatutnya sehingga meragut masa depan cerah mereka.

Sejak Januari hingga Jun tahun lepas, sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, JKM berkata, sebanyak 578 kes membabitkan penderaan fizikal, 417 kes penderaan seksual dan 60 kes adalah penderaan emosi di mana 706 kes membabitkan kanak-kanak perempuan, manakala 349 kes adalah kanak-kanak lelaki.

Presiden Persatuan Keseda­ran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar berkata, ibu bapa yang terlibat dalam penderaan dan pengabai­an anak-anak perlu mendapatkan bantuan dan sokongan mental dengan segera bagi mengelak kejadian malang itu berlaku lagi.

Jelasnya, ibu bapa atau mana-mana individu yang melakukan penderaan mungkin berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan bantuan serta pertolongan.

“Penting untuk ibu bapa yang tertekan untuk bercakap dengan seseorang, luahkan dan dapatkan bantuan.

“Bila terperangkap dalam keadaan begitu dan sudah tidak tahu bagaimana ingin keluar, mereka akan rasa terlalu marah, dan lepaskan pada anak-anak.

“Ada yang kita jumpa ibu bapa yang menyesal kerana bertindak sedemikian, tetapi semuanya sudah terlambat sehingga berlakunya beberapa kes pende­raan yang meragut nyawa kanak-kanak tidak berdosa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Anita lagi, penting untuk masyarakat mempunyai satu sistem sokongan yang ampuh supaya mereka yang bermasalah dapat dibantu sewajarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia diakibat didera dalam satu kejadian di Senggarang, Batu Pahat, Johor Bahru pada Disember tahun lepas.

Lebih teruk lagi, pada bulan yang sama, seorang bapa bertindak kejam dengan mendera anaknya sehingga maut sebelum menanam mayat mangsa di tepi jalan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Anita turut menyeru orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan berkaitan kesihatan mental untuk datang ke MIASA sendiri.

Di samping meringankan beban sistem kesihatan di Malaysia, MIASA juga menyediakan perkhid­matan untuk mereka yang bertarung dengan penyakit mental bagi mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.

“Rawatan dan perkhidmatan kami di MIASA adalah percuma untuk golongan B40. Boleh juga datang ke Alaminda Healthcare Berhad untuk bertemu dengan pakar.

“Bagi golongan M40 dan ke atas, boleh juga datang ke MIASA kerana bayaran yang anda berikan pada kami akan membantu usaha dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan yang lebih memerlukan,” katanya.

The post Ibu bapa suka mendera perlu sokongan mental appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!