Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tak Ada ‘Drama Air Mata’ Setiap Pagi Bila Anak Pergi Sekolah, Mak Ayah Guna Teknik Berkesan Ini!

Antara masalah normal yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah anak enggan ke sekolah. Ini kerana rata-rata mereka masih lagi takut dan pasti ‘drama’ air mata akan berlaku setiap pagi.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ibu ayah boleh cuba 5 tips yang dikongsi oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli di laman Facebooknya. Jelasnya, tips ini memang berkesan dan anak suka pergi sekolah tanpa sebarang drama setiap pagi. Wah!

Baca juga: Kalau Anak Tantrum, Ibu Ayah Kena Elak Buat 3 Benda Ini

ANAK SUKA PERGI SEKOLAH KALAU GUNA 5 TIPS INI

ANAK SUKA PERGI SEKOLAH

1. RUTIN YANG KONSISTEN 

Maksudnya, usahakan semua masuk tidur waktu yang sama dan bangun tidur pada waktu yang sama juga.

2. BIAR ANAK SIAPKAN BARANG SEKOLAH SEHARI SEBELUM

Kalau ibu ayah jenis gosok baju seminggu sekali, minta anak ambil baju dia malam sebelumnya dari tempat sangkut baju dan sangkutkan di tempat yang lebih mudah untuk anak ambil.

Pastikan buku sekolah, beg sekolah, biar anak yang kemas sendiri kerana penting untuk penyediaan mental dan fizikal anak.

3. JANGAN PUTUS ASA 

Sebulan dan dua bulan pertama memang rata-rata ibu ayah belum dapat mengenali rentak anak lagi. Lagi-lagi lepas cuti panjang, memang susah nak pujuk. Jadi, teruskan rutin macam biasa dan jangan putus asa dengan kengganan anak.

4. HORMAT PERATURAN SEKOLAH

Bukan anak sahaja yang kena ikut peraturan sekolah, ibu dan ayah juga perlu ikut peraturan iaitu ambil dan hantar pada waktu yang ditetapkan.

Jangan sesekali datang lambat tetapi ambil awal. Nanti anak sudah terbiasa dengan cara begitu.

5. PASTIKAN RUMAH MERIAH

Kalau nak pergi sekolah jam 7 pagi, bagi masa sekurang-kurang satu jam untuk anak bersiap. Bangun awal supaya mereka ada masa untuk termenung dan sebagainya.

Bila kita jaga rutin anak ke sekolah, mereka akan lebih mudah untuk ke sekolah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Anak Sering Meragam Bab Makanan? Guna Tips Ini Kalau Nak Elak Si Kecil Jadi Picky Eater

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

The post Tak Ada ‘Drama Air Mata’ Setiap Pagi Bila Anak Pergi Sekolah, Mak Ayah Guna Teknik Berkesan Ini! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!