Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Dua Geng Kartel Bertempur Depan Sekolah, Murid Panik

Dua Geng Kartel Bertempur Depan Sekolah, Murid Panik

Mexico City: Kanak-kanak sekolah yang ketakutan bertindak bersembunyi di bawah meja kelas selepas ketika insiden tembakan membabitkan pergaduhan dua kumpulan penjenayah di Mexico, baru-baru ini.

Portal Daily Star melaporkan, kejadian menakutkan itu berlaku berhampiran Sekolah Rendah Mario Silva Cortes di Sonora, Mexico.

Anehnya, penyerang lelaki turun ke jalan di luar sekolah, dan cuba membunuh antara satu sama lain.

Satu kumpulan berada di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih, manakala lelaki lain berada di jalan.

Media melaporkan tembakan berlaku di mana-mana, sehingga ada mengenai dinding sekolah ketika kejadian pada 2 petang, 20 Oktober lalu itu.

Rakaman video kejadian itu menunjukkan guru cuba menenangkan murid sambil menasihati mereka untuk tunduk dan berada di bawah meja masing-masing.

Tiada seorang pun daripada murid yang dilaporkan cedera dalam insiden mencemaskan itu.

Pertempuran berlaku selepas perang meletus antara kartel Caborca ​​dan kumpulan Los Chapitos, awal tahun ini.

Ia berpunca daripada penahanan pemimpin Caborca, ​​Rafael Caro Quintero, baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan Keselamatan Awam Sonora berkata, sejurus selepas serangan itu, terdapat serangan langsung terhadap sebuah kenderaan di mana seorang terbunuh, dan dua cedera di Empalme.

“Pasukan keselamatan tentera laut, polis negeri dan perbandaran berada di tempat kejadian bagi mengawal kawasan itu,” katanya.

Susulan kejadian, Setiausaha Keselamatan Maria Dolores del Rio menghubungi pengetua sebuah sekolah rendah yang terletak berhampiran tempat kejadian yang kemudian mengesahkan semua murid itu selamat.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab.

“Sebagai tambahan kepada maklumat mengenai peristiwa di Empalme, kami mengesahkan murid Sekolah Rendah Mario Silva Cortez selamat meninggalkan kelas dan bersama keluarga masing-masing,” katanya.-hmetro

The post Dua Geng Kartel Bertempur Depan Sekolah, Murid Panik appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!