Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Mommy Hamil Elak Pakai Skincare Yang Ada 2 Bahan Ini, Boleh Jadi Punca Janin Cacat

Penggunaan produk penjagaan kulit semestinya sangat penting dalam kehidupan seorang wanita bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tidak ketinggalan, wanita yang tengah hamil pun ingin mengekalkan kecantikan kulit walaupun mengalami banyak perubahan hormon. Namun, skincare ibu hamil ini perlu disemak terlebih dahulu kerana risau ada dua bahan ini!

Bahan apakah yang perlu dielakkan itu? Mungkin ramai yang terlepas pandang kerana penggunaan dua bahan ini berkemungkinan memberi risiko kepada kecacatan janin!

Baca juga: Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..

SKINCARE IBU HAMIL, DUA BAHAN INI KENA ELAK!

skincare ibu hamil

Wanita yang sedang hamil, jangan lupa untuk check your skincare products ingredients. Walaupun dah guna bertahun-tahun lamanya, ada bahan yang terkandung dalam produk, yang mungkin not safe in pregnancy. Ada 2 bahan yang perlu AVOID penggunaannya ketika hamil.

1. Retinoid dan yang berkait dengannya

Bahan ni berasal daripada vitamin A. Produk yamg ada isotretinoin ( selalu digunakan untuk rawat jerawat ) boleh sebabkan kecacatan janin. Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sikit sahaja melalui kulit berbanding dengan produk yang dimakan —Elakkan kedua-duanya i.e makan ataupun sapu. Ini lebih baik.

-Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : Adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
-Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): Retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam. Wanita yang menggunakan derivatif Vitamin A ini harus menggunakan kontraseptif yang betul untuk mencegah kehamilan semasa mereka menjalani rawatan. Ini adalah WAJIB!

2. Salicylic acid

Ini adalah bahan yang mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat dalam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen. Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate. Tak ada kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy ( so far ). Risk adalah rendah jika strength yang digunakan adalah rendah, ataupun exposure tak lama.

Bottom line : ELAKKAN penggunaannya, melainkan produk tu dah tulis siap-siap, penggunaanya selamat untuk orang mengandung.

skincare ibu hamil

 

*Jadi, pastikan anda semak kandungan dalam produk tersebut atau tanya dahulu kepada ahli farmasi.

Baca juga: Hukum Muat Naik Video Isteri Bersalin, Di Manakah Sifat Malu Itu?

Sumber: Dr.Muhammad Izzat

The post Mommy Hamil Elak Pakai Skincare Yang Ada 2 Bahan Ini, Boleh Jadi Punca Janin Cacat first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!