Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi Roti Goreng Anti Serap Minyak, Kekal Rangup Sampai Petang!

Kalau dah jemu dengan hidangan roti telur, anda boleh cuba resepi roti goreng seperti perkongsian di bawah ini. Lebih sedap kerana rangup dan paling penting sekali tak serap minyak.

Selain dijadikan hidangan menu petang, anda juga boleh menyediakan roti goreng anti serap minyak ini untuk sarapan anak atau bekal ke sekolah. Sedapnya!

Baca juga: 5 Makanan Tak Boleh Kisar Dalam Blender, Ramai Dah Buat Kesalahan Ini!

RESEPI ROTI GORENG TAK SERAP MINYAK TAPI KEKAL RANGUP

ROTI GORENG

Bahan-bahan:

  • 5-6 keping roti
  • 4 sudu besar tepung gandum*
  • 3 sudu besar tepung jgung*
  • 3 sudu besar tepung beras*
  • 1 cawan air ais*
  • 1 biji telur*
  • Sedikit daun sup*
  • Sedikit lobak merah yang disagat*
  • Sedikit garam*
  • Sedikit gula*

Cara-cara penyediaan roti goreng:

1. Satukan semua bahan bertanda (*) di atas.

2. Seterusnya, ambil potong dan potong mengikut cita rasa anda.

3. Setelah itu, celupkan roti ke dalam adunan dan goreng dalam minyak banyak serta panas.

4. Goreng sehingga kekuningan dan hidangkan bersama sos atau mayonis pilihan anda.

Sedap tak terhingga dan selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Inti Jagung, Rasa Lebih Berlemak & Rangup Di Tepi

Sumber: Facebook Noryue Rania

The post Resepi Roti Goreng Anti Serap Minyak, Kekal Rangup Sampai Petang! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!