Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia!

Jalur Gemilang merupakan nama rasmi kepada bendera Malaysia yang mengandungi 14 jalur merah dan putih, selain lambang anak bulan dan bintang 14 bucu di dalam kanton. Disebabkan bendera negara adalah lambang negara, maka cara menghormati Jalur Gemilang ini perlu disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Mungkin sebahagian daripada anda semua sudah mengetahui ‘pantang larang’ yang jangan dibuat sewaktu Jalur Gemilang berada di atas tangan anda. Namun, apa salahnya jika anda melihat 5 tips menghormati Jalur Gemilang di bawah ini sebagai peringatan untuk menghargainya dengan penuh penghormatan.

Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

CARA MENGHORMATI JALUR GEMILANG

cara menghormati Jalur Gemilang

Justeru itu, buat pembaca SirapLimau, ini 5 tips hormati Bendera Jalur Gemilang yang berguna untuk anda ikuti seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, baru-baru ini.

Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara bangsa, lambang kewujudan serta kedaulatan negara. 

JANGAN:

  1. Lap tangan yang kotor menggunakan Jalur Gemilang.
  2. Letak Jalur Gemilang di atas tanah.
  3. Guna Jalur Gemilang sebagai alas meja kecuali sebagai tanda penghormatan, contohnya menutup kereta rasmi semasa acara rasmi.
  4. Berbual ketika Jalur Gemilang dinaikkan dan lagu Negaraku dinyanyikan.
  5. Biarkan Jalur Gemilang meleret ke tanah ketika menurunkannya.

Semoga panduan ini berguna kepada semua rakyat Malaysia yang bakal meraikan Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini.

Baca juga: Bukan Sekadar Lagu Patriotik, Ini 5 Karya Agung Lagu Tema Kemerdekaan Jadi Siulan Ramai

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

FT Image: Murhizy – Pinterest

The post JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Pada Jalur Gemilang, Bendera Rasmi Lambang Negara Malaysia! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!