Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Malaysia Di Tangga Ke-6, ‘Padat’ Dengan Wanita Tercantik Di Asia!

Seperti yang kita ketahui, rata-rata wanita Malaysia berasal dari pelbagai latar belakang seperti Melayu, Cina, India, termasuk etnik-etnik lain di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana inilah, Malaysia disenaraikan sebagai antara negara mempunyai wanita tercantik di Asia!

Terdapat beberapa negara yang berada di dalam Top 20 mempunyai wanita tercantik di Asia ini. Negara apa yang berada di tangga pertama ya?

Baca juga: Cara Pilih Bingkai Cermin Mata Ikut Bentuk Muka, Barulah Cun!

MALAYSIA TEMPAT KE-6 DENGAN WANITA TERCANTIK ASIA

wanita tercantik

Tahniah! Negara kita yang tercinta, Malaysia, menduduki tempat ke-6 daripada 20 negara dengan wanita tercantik di Asia. Baru-baru ini, Insider Monkey melaporkan senarai 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

Dalam senarai tersebut, Korea Selatan, yang sering kali dilabel sebagai “ibu kota kecantikan dunia,” dinobatkan sebagai negara dengan wanita tercantik di Asia, diikuti oleh Jepun di tempat kedua dan Vietnam di tempat ketiga.

Selain itu, negara Asia Tenggara lain dalam 20 teratas termasuk Filipina (4), Singapura (9), Thailand (10), Indonesia (11), Myanmar (19) dan Laos (20).

Lebih istimewa lagi, kecantikan wanita Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila negara kita menduduki tempat ke-6 daripada 20 negara dengan wanita tercantik di Asia. Mana tidaknya, dengan pelbagai pengaruh dari segi etnik, budaya dan infografik menjadikan wajah wanita Melayu, Cina, India serta kaum yang lain begitu eksklusif.

“Keragaman etnik Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan kumpulan asli lain, menghasilkan campuran unik ciri-ciri wajah dan standard kecantikan,” tulis Insider Monkey.

Ini merupakan khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia terutama sekali golongan wanita yang sangat suka dipuji. Tambah pula turut dihargai dan diperhatikan di peringkat antarabangsa, sesuatu yang luar biasa.

wanita tercantik

Foto: Fazura, salah seorang selebriti popular yang sering dipuji kecantikannya.

*Jadi, lelaki yang ada dalam Malaysia jangan berani cakap wanita Malaysia tak cantik ya! Kalau kategori lelaki, Malaysia masih tak tahu berada tempat keberapa…

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

Sumber: Insider Monkey

The post Malaysia Di Tangga Ke-6, ‘Padat’ Dengan Wanita Tercantik Di Asia! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!