Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

5 Cara Bagi Duit Raya Paling Kreatif, Raya Tahun 2024 Buatlah Kelainan Sikit!

Bila tiba hari raya, duit raya lah yang paling ditunggu-tunggu. Dek kerana perubahan zaman, trend pemberian duit raya pun berubah-ubah. Jika dahulu, pemberian duit raya melalui sampul. Namun kini, macam mana pulak?

VIDEO

1. Pilih Sampul Raya

Sediakan beberapa keping sampul raya dengan amaun berbeza (RM1 – RM100) di dalamnya, dan biar pemain pilih sampul pilihan mereka. Jika bernasib baik, dapatlah amaun besar. 

2. Genggam Duit Raya

Inilah masa nak guna duit syiling yang dikumpul banyak-banyak tu. Sediakan duit syiling dengan banyak, taburkan di permukaan yang rata dan biar pemain genggam berdasarkan cabutan undi. Cabutan boleh dibuat menggunakan aplikasi xxxxx

Cara lain, boleh letak duit syiling di dalam kotak dan ceduk menggunakan senduk.

Baca juga : 4 Resepi Minuman Paling Sedap Untuk Hari Raya, Confirm Tetamu Suka!

3. Sorok Duit Raya

Nak lagi mencabar, cuba buat game ala treasure hunt dengan menyorok sampul berisi duit raya di sekitar rumah. Pemain yang nak ganjaran duit raya boleh cari sampul di sekitar rumah. 

4. Tarik Duit Raya

Isi duit raya berbeza amaun di dalam plastik lutsinar, ikat tali dan satukan. Biar pemain memilih  & menarik benang. Benang yang ditarik bermaksud itulah duit rayanya. 

5. Golek Duit Raya

Susun sampul duit raya secara memanjang dan di tempat yang rata, dan suruh pemain menggolek botol. Lokasi botol berhenti, disitu lah ganjaran duit raya! 

Jangan lupa tengok tutorial video kalau nak cuba. Selamat Hari Raya semua!

Baca juga : Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!

The post 5 Cara Bagi Duit Raya Paling Kreatif, Raya Tahun 2024 Buatlah Kelainan Sikit! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!