Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Rahsia Nasi Goreng Sedap, Guna Nasi Baru Masak Tapi Peroi & Sebiji-Sebiji Elok!

https://ift.tt/03pjYw8

nasi goreng sedap

Nasi goreng merupakan salah satu hidangan yang sangat digemari ramai, dari kanak-kanak hingga dewasa. Namun, tidak semua orang tahu rahsia untuk menghasilkan nasi goreng sedap  dan benar-benar sempurna.

Biasanya, orang suka gunakan nasi sejuk yang disimpan semalaman untuk nasi goreng. Namun, kali ini kita menggunakan nasi panas yang baru siap dimasak. Jangan risau, hasil nasi goreng tetap peroi dan berderai sebiji-sebiji.

PETUA NASI GORENG SEDAP GUNA NASI PANAS

Jika ada yang ingin mengetahui bagaimana caranya, jom ikuti perkongsian oleh Encik Haiqal Boestamam di bawah. Berikut merupakan panduan tersebut:

“Salam semua. Baik hari ini saya kongsi macam mana nak buat nasi goreng supaya nasinya peroi. Dalam gambar ini saya guna nasi yang baru saja tanak dari periuk. Tak pakai nasi semalam. Hasilnya tetap sebutir selepas digoreng.

Kadang kadang kita masak nasi terlalu lembik sebab air yang banyak, bila kita goreng nasi, nasinya jadi terlalu pecah dan potong mood untuk makan. Sebenarnya teknik masak nasi ini simple saja. Untuk masak nasi goreng kandungan air ada ukuran dia. Begitu juga nasi berperisa atau nasi putih atau nasi lemak sekalipun.

Untuk nasi goreng, anda bole gunakan ruas pertama jari kelingking anda untuk ukur air dia. Banyak mana pun beras gunakan ruas pertama.”

nasi goreng sedap

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Ringkasan cara-cara:

1. Untuk masak nasi goreng, kandungan air ada ukurannya. Begitu juga nasi berperisa atau nasi putih atau nasi lemak sekalipun.

2. Untuk nasi goreng, anda boleh menggunakan ruas pertama jari kelingking untuk mengukur air. Ukuran ini sesuai tidak kira berapa banyak beras yang anda gunakan.

3. Setelah nasi putih masak, anda boleh terus menggorengnya walaupun masih panas.

3. Untuk aroma yang lebih wangi, mulakan dengan menggoreng telur dahulu. Selepas telur masak, barulah tambahkan bawang dan rencah lain untuk meningkatkan aroma dan rasa nasi goreng.

Tip tambahan lain:

  • Jika risau nasi goreng lembik, boleh juga letakkan nasi panas ke dalam freezer selama 5 minit sebelum mula menggoreng.
  • Jangan guna minyak banyak dan pastikan bahan atau lauk basah ditos dengan betul.

Sumber: Haiqal Boestamam’s

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Sayur, Tambah ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Nikmat!

The post Rahsia Nasi Goreng Sedap, Guna Nasi Baru Masak Tapi Peroi & Sebiji-Sebiji Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!