Petua dan cara Hilangkan Sakit Mata atau Gatal Tanpa Guna Ubat paling mudah
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap kali sakit mata mesti selalu tonyoh kuat-kuat kerana terlalu gatal dan tidak selesa. Sebenarnya, tak boleh buat macam itu kerana boleh mendatangkan bahaya. Jadi, terdapat beberapa cara hilangkan sakit mata yang boleh diamalkan seperti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di bawah ini.
Lebih menarik lagi, cara yang dikongsikan tidak perlu menggunakan ubat. Hanya bahan di rumah sahaja dan jimat duit. Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: 8 Bahan Semula Jadi Boleh Hilangkan Luka Hitam Anggota Badan, No.5 Paling Tak Sangka!
CARA HILANGKAN SAKIT MATA, JANGAN TONYOH
Kalau sakit mata, macam mana cara nak hilangkan? Iritasi mata disebabkan oleh beberapa faktor contoh sebab alergi, asap rokok, habuk debu, kurang vitamin, terlalu lama hadap skrin gajet.
Mata punyalah gatal sampai nak tonyoh tonyoh. Ada petua untuk kurangkan kesan gatal atau perit mata.
Guna kiub ais dan lumurkan pada mata selama 5 minit. Pastikan tutup mata. Jangan buka pula. Untuk diet, amalkan makanan tinggi vitamin A seperti labu kuning, keledek dan capsicum. Bantu lindungi kornea mata.
Ambil sumber tinggi vitamin B khususnya B2 dan B6. Sumber omega-3 seperti fatty fish, flaxseed. Kekacang macademia, almond dan pecan.
Sumber kaya xanthophylls (lutein dan zeaxanthin) seperti kale, bayam, kacang pea, pistachio dan brokoli yang boleh membantu kawal radang penyebab mata kering.
Selain itu, banyakkan minum air putih setiap hari supaya sentiasa hidrasi dan tak kering.
Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara DIY Masker Untuk Dapat Glass Skin Macam Orang Korea, Cubalah!
Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar
Info tambahan
Petua Hilangkan Gatal Mata: Anda boleh cuba kompres air sejuk dengan meletakkan kain lembut yang dibasahkan dengan air sejuk di atas mata untuk beberapa minit. Ini boleh membantu mengurangkan rasa gatal. Selain itu, rendam kapas dalam air bunga chamomile atau teh hijau yang sejuk, dan letakkannya pada mata untuk kesan yang menenangkan.
Cara Hilangkan Sakit Mata: Sakit mata boleh diredakan dengan mengamalkan kompres air suam, yang membantu melancarkan aliran darah di sekitar mata. Anda juga boleh mencuba titisan mata yang sesuai untuk membantu mengurangkan keradangan atau kekeringan mata.
Petua Hilangkan Sakit Mata: Petua tradisional untuk sakit mata adalah dengan menggunakan air mawar. Rendam kapas dalam air mawar dan letakkan pada kelopak mata tertutup selama beberapa minit untuk rasa lega. Air mawar mengandungi sifat anti-radang yang boleh membantu.
Cara Merawat Sakit Mata: Pastikan kebersihan mata dengan mencuci tangan sebelum menyentuh kawasan mata. Anda juga boleh menggunakan titisan mata yang disyorkan oleh doktor, atau rendaman kain lembut dalam air garam suam untuk membersihkan mata.
Cara Hilangkan Gatal Mata: Pastikan anda tidak menggosok mata, kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan. Gunakan kompres air sejuk atau titisan mata anti-gatal yang boleh dibeli di farmasi.
Hilangkan Sakit Mata: Dapatkan rehat yang mencukupi, elakkan penggunaan peranti elektronik terlalu lama, dan minum air mencukupi untuk mengelakkan mata kering, yang sering menyebabkan ketidakselesaan.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan