Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Fenomena ‘Childfree Lifestyle’ Makin Popular Di Malaysia, Kahwin Tapi Tak Nak Anak!

Menjadi normal dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin ingin dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Apa yang tidak normalnya apabila semua itu sudah berubah kerana generasi sekarang telah terjebak dengan konsep ‘childfree lifestyle’ iaitu cegah kehamilan dan tiada anak.

Berikut merupakan perkongsian seorang peguam di laman Tiktok dikenali sebagai Syazwan Ahmad mengenai ‘trend’ yang mula diamalkan ramai ini.

Baca juga: Siapa Ummu Hani’ Yang Dikatakan Cinta Pertama Rasulullah SAW? Mufti Tolong Ceritakan…

FENOMENA ‘CHILDFREE LIFESTYLE’, CEGAH KEHAMILAN BILA DAH KAHWIN

cegah kehamilan

Menurut peguam ini, Childfree Lifestyle merujuk kepada pasnagan yang memutuskan tidak mahu mempunyai anak selepas berkahwin. Apabila saya buat pencarian istilah itu, negara Indonesia antara yang aktif membincangkannya.

Antara faktor yang menyebabkan pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak adalah kerana belum bersedia dan terutama sekali faktor kewangan. Dalam perkongsian itu juga, belia turut bertanya sekiranya fahaman ini diterima di Malaysia dan adakah ramai sudah mula mempunyai gaya hidup sebegini?

Ternyata, ramai juga yang berkongsikan bahawa sudah mendirikan rumah tangga selama beberapa tahun dan memilih untuk tidak mempunyai anak.

“Sebagai sandwich generation to B40 parent yang tak ada pencen dan both of us anak sulung. We choose to be childfree. Nikah is not about anak ja. tapi penyatuan dua jiwa dan companionship”

“Kami dah 10tahun kawin still belum ada anak. Tak terfikir pula nak childfree ke apa. Cuma now rasa selesa bila tak ada anak. Maybe dah penat jaga adik-adik since awal-awal kawin memang saya dah diberi tggunggjawab jaga adik-adik” antara komen warganet.

HARAM KAHWIN UNTUK BERSERONOK

cegah kehamilan

Berkahwin dengan niat mahu mencegah kehamilan semata-mata inginkan keseronokan serta kebebasan adalah berdosa dan hukumnya haram, kerana ia tidak selari dengan matlamat perkahwinan menu­rut syariah. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memberitahu, Islam mela­rang umatnya yang berkahwin mencegah kehamilan tanpa sebab yang munasabah.

⁠Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksud­nya,

“Berkahwinlah dan beranak pinaklah, sesungguhnya aku akan berbangga dengan ramai umatku pada hari kiamat…”

Islam amat menggalakkan agar setiap pasangan suami isteri berazam dan berusaha untuk mempunyai anak. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak setelah berusaha atau tidak berusaha mendapatkan anak dengan kaedah-kaedah alternatif adalah tidak dikira sebagai satu kesalahan dan berdosa di sisi syarak. Hal ini kerana, Allah SWT sahaja yang berhak dan berkuasa untuk menciptakan setiap nyawa di muka bumi ini. Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَا

Maksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya- Riwayat al-Bukhari (7409) dan Muslim (1438)

*Nak merancang itu boleh, tapi janganlah sampai berniat untuk tidak mempunyai anak. Siapa nak terus bawa legasi nama dan doakan untuk kita boleh kita dah tiada?

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

Sumber: Mstar, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

The post Fenomena ‘Childfree Lifestyle’ Makin Popular Di Malaysia, Kahwin Tapi Tak Nak Anak! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!