Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pengelasan T20, M40, B40 bukan kasta

ZULKIFLI MANZOR,
WARTAWAN EKSEKUTIF

B40, M40 dan T20 takrifan yang digunakan secara meluas bagi mengkategorikan pendapatan isi rumah masyarakat di Malaysia. Secara umumnya, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40.

Golongan M40 pula dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. T20 pula merujuk golo­ngan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah mereka yang melebihi RM10,971 sebulan.

Pengelasan bersifat murni adalah bagi memudahkan kerajaan membuat dasar yang tepat berhubung keperluan dan kebajikan rakyat.

Bagi mengenal pasti golongan sasar yang perlu diberi perhatian supaya bersifat lebih adil dan saksama untuk semua.

Mutakhir malangnya menyak­sikan takrifan B40, M40 dan T20 telah disalah erti oleh sebilangan individu bagi membandingkan sesama masyarakat sehingga muncul laman-laman media sosial seolah-olah memperlekehkan kategori masyarakat ter­tentu dalam takrifan tersebut.

Beberapa bulan lalu, penulis terdengar sekumpulan pelajar sekolah bercakap tentang B40, M40 dan T20 sesama mereka.

“Perangai dia (dipercayai me­rujuk rakan sekolah lain) tidak senonoh. Kumpulan B40 memang macam itu. Itu pasal aku tidak layan dia. Aku M40.”

Bagi penulis kecuaian memahami tujuan mutlak pengelasan B40, M40 dan T20 khususnya dalam golongan muda agak berbahaya.

Ia pada jangka masa panjang boleh membentuk sosio hidup bermasyarakat Malaysia yang tidak harmoni.
Seolah-olah wujud kasta antara masyarakat Malaysia yang menilai sesama mereka bersandarkan status sosio ekonomi.

Rakan penulis yang mendakwa kategori B40 pernah mengaku dia berasa agak terguris apabila istilah B40 dijadikan bahan jenaka di dalam media sosial.

“Aku bengang juga sikit-sikit kata ini mesti B40. Apa kaitan perangai orang dengan kategori pendapatan isi rumah?”

Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Rafidah Aga Mohd. Jaladin ketika dihubungi Kosmo! menjelaskan mengenai B40, M40 dan T20 dalam konteks psikologi sosial.

Beliau yang merupakan pakar psikologi dan kaunseling berkata, dalam sesebuah masyarakat memang perlu unsur pengelasan seperti itu.

“Sama juga kita ada perbezaan etnik dan gender, jadi bila bercakap status sosio ekonomi nemang perlukan pengelasan.

“Ini sebab kita hendak beri kepastian sebarang bantuan sumbangan bertepatan dengan keperluan kelompok masyarakat. Bukannya bertujuan untuk membanding-bandingkan antara anggota masyarakat seperti ada kasta,” katanya.

Justeru, ujar beliau, mereka yang berfikiran demikian tidak memahami unsur pengelasan dalam norma kehidupan bermasyarakat.

“Setiap pemboleh ubah dalam hidup mengikut perundangan. Kena tahu faktor mewujudkan pengelasan yang ada tujuan tertentu. Tidak patut timbul konon B40 muka welfare. Hidup bermasyarakat mesti ada sosial justice. Mesti ada penyelarasan. T20 pun mungkin asalnya B40,” katanya.

The post Pengelasan T20, M40, B40 bukan kasta appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!