Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kafe UniSZA telah lama jual makanan murah

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah lama memperkenalkan konsep menu murah pada harga serendah RM3 hingga RM6 setiap hidangan.

Seorang pelajar UniSZA, Muhammad Al Muhaimin Mohamad Hazman, 20, berkata, dengan harga mampu milik itu, mereka boleh menikmati pelbagai juadah menarik seperti nasi lemak, kuetiau goreng, chicken chop, nasi Arab, maggi rebus dan meatball.

“Buat masa ini, menu yang disajikan di kafe-kafe kampus UniSZA masih menawarkan harga mampu milik kepada pelajar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Seorang lagi pelajar, Raziq Iqbal Rizal Aman, 23, pula berharap Menu Rahmah yang akan diperkenalkan mempunyai nutrisi seimbang sesuai dengan ke­perluan serta gaya hidup mereka sebagai pelajar.

“Tidak mahulah Menu Rahmah itu sekadar nasi bujang yang menawarkan nasi putih dengan lauk ayam goreng serta kuah lemak atau sup kosong dan air sirap pada harga RM5. Kalau boleh perlu dilengkapi sayur-sayuran.

“Inisiatif ini sebenarnya telah lama diambil pengusaha kafe di kampus UniSZA bagi me­ringankan beban pelajar,” ujarnya.

The post Kafe UniSZA telah lama jual makanan murah appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!