Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sanggup tidur dalam khemah takut rumah dimasuki pencuri

SEGAMAT – Seorang mangsa banjir mengambil keputusan memasang khemah bagi memantau kediaman penduduk daripada dimasuki penceroboh selepas Kampung Seberang Batu Badak di sini ditenggelami banjir sejak Ahad lalu.

Mohd. Tahar Md. Der, 40, berkata, keluarganya dan penduduk yang lain sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kampung itu dilanda banjir, namun dia bimbang penempatan tersebut dipecah masuk pencuri.

“Saya sudah 20 tahun me­netap sini. Saya dirikan khemah tepi jalan raya berdekatan kampung ini kerana laluan ini tidak dinaiki air.

“Saya memantau rumah ke­rana ada beberapa barangan se­perti enjin bot, perahu, jala, lukah dan peralatan pertukangan yang disimpan dalam stor di rumah penduduk.

“Sejak banjir Ahad lalu, sudah empat malam saya bermalam dalam khemah ini sebab takut barang-barang dicuri,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Batu Badak di sini.

Mohd. Tahar yang juga pekerja swasta berkata, ada ahli keluarga yang memintanya supaya bermalam ke PPS, tetapi dia memutuskan untuk terus berada di situ demi tanggungjawab sosial kepada penduduk.

“Bekalan makanan dan minuman saya akan keluar membeli di kedai, selain ada ahli keluarga dan penduduk menghantar makanan,” kongsinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis sentiasa membuat rondaan di kawasan penempatan mang­sa banjir untuk mengelak kes pencerobohan rumah sepanjang musim tengkujuh.

“Langkah terbabit sebagai jaminan kepada penduduk setempat supaya tidak takut untuk meninggalkan kediaman serta harta benda mereka sebaliknya terus ke PPS untuk berlindung,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Sanggup tidur dalam khemah takut rumah dimasuki pencuri appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!