Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerjaan untuk membantu rakyat Malaysia. Peruntukan untuk STR juga telah dinaikkan seperti yang dibentangkan di Belanjawan 2024.
Kenaikan sebanyak 25% iaitu daripada 8 billion kepada 10 billion ringgit. Permohonan STR 2024 juga telah dibuka bermula 1 November sehingga akhir tahun ini.
Baca juga: Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je!
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024, INI YANG ANDA KENA TAHU
Terdapat beberapa cara memohon STR 2024:
1. Secara dalam talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my
2. Hadir ke:
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
dengan mengisi dan mengemukakan borang permohonan STR
3. Borang permohonan STR
Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR.
Syarat kelayakan
Bujang
– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
– Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Warga emas bujang / tiada pasangan
– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
– Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Isi Rumah
Pemohon
– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan
– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
– Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
– 18 tahun dan ke bawah; atau
– 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan pada:
Fasa 1 – Februari 2024
Fasa 2 – April 2024
Fasa 3 – Ogos 2024
Fasa 4 – November 2024
Pemohon perlu membuat kemaskini jika:
– Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak.
– Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024, perlu membuat pemohonan baharu.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Nak Claim E-Madani RM100 Guna Touch ‘N Go E-Wallet, Berbaloi-Baloi
Sumber: Hasil
The post Sumbangan Tunai Rahmah 2024: Ini Yang Anda Kena Tahu & Jangan Lupa Kemaskini Maklumat first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan