Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Doktor Palsu Ditangkap Tawar Khidmat Besarkan Alat Sulit

Doktor Palsu Ditangkap Tawar Khidmat Besarkan Alat Sulit

Seorang lelaki Samut Sakhon yang menyediakan rawatan pembesaran alat sulit selama 20 tahun walaupun tidak mempunyai latihan perubatan ditahan selepas salah seorang pelanggannya mengalami jangkitan teruk, lapor Bangkok Post.

Kittikorn Songsri, 36, ditahan dalam operasi pada Khamis di rumah tempat dia menyediakan suntikan silikon dan ‘implan mutiara’, di Tambon Om Noi daerah Krathum Baen.

Suspek memberitahu pegawai penguat kuasa bahawa dia hanya berpendidikan Gred 9 tetapi mula mengajar dirinya cara melakukan implan itu ketika berusia 14 tahun, kata Komander Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD), Witthaya Sriprasertparb.

Baca: Doktor Palsu Warga Pakistan Didenda RM8000

Penahanan itu berikutan aduan bahawa Kittikorn menyediakan pembedahan ‘implan mutiara’, pembesaran silikon dan suntikan ‘filler’ untuk pembesaran alat sulit lelaki dan ia diiklankan menerusi Facebook.

Seorang pelanggan lelaki melaporkan mengalami jangkitan teruk selepas dia menerima suntikan silikon. Walaupun selepas menerima rawatan, dia masih mengalami kesakitan dan tidak dapat ereksi, katanya.

CPPD bekerjasama dengan pegawai dari Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan, mengatur pegawai untuk menyamar sebagai pelanggan bagi menghubungi suspek.

Apabila ‘penyamar’ tiba di rumah Kittikorn, pegawai menyerbu premis itu untuk menangkapnya.

Semasa disoal siasat, Kittikorn mengakui dia bukan seorang doktor dan tidak mempunyai lesen pengamal perubatan.

Kittikorn mengakui menyediakan perkhidmatan implan dan pembesaran alat sulit itu selama kira-kira 20 tahun, dan mengenakan bayaran antara AS$151 dan AS$606 (kira-kira RM634 dan RM2,500).

CPPD kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.-hmetro

The post Doktor Palsu Ditangkap Tawar Khidmat Besarkan Alat Sulit appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!