Suami Isteri Unik Tinggal Berasingan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Suami Isteri Unik Tinggal Berasingan
Hubungan suami isteri di Jepun, Hiromi dan Hidekazu Takeda cukup unik kerana sudah berkahwin lama, malah dikurniakan seorang anak, tetapi mereka tidak duduk serumah, sebaliknya tinggal di rumah yang terletak sejam perjalanan di antara satu sama lain.
Pasangan itu adalah contoh perkahwinan hujung minggu atau suami isteri yang tinggal berasingan, satu trend popular di negara berkenaan.
Ia membenarkan individu menikmati kasih sayang dan sokongan antara satu sama lain, namun pada masa sama mengekalkan gaya hidup masing-masing tanpa perlu risau mengenai pasangan mereka.
Pada asasnya, perkahwinan sebegitu membolehkan pasangan mendapat manfaat sebagai suami isteri dan pada masa sama ‘hidup bujang’
Oddity Central melaporkan, Hiromi Takeda menggambarkan dirinya sebagai seorang wanita kuat dan berdikari yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan serta pengurus pusat gimnasium.
Sementara suaminya, Hidekazu, adalah perunding perniagaan yang menghabiskan sebahagian besar masanya di depan komputer.
Mereka mempunyai gaya hidup yang sangat berbeza, tetapi saling mencintai dan menghormati, jadi enggan campur tangan dalam kehidupan masing-masing.
Penyelesaiannya, mereka sepakat tinggal di rumah berasingan.
“Saya jarang bermalam di rumah isteri saya. Kerjaya saya agak berat dan beri kepentingan dalam hidup saya.
“Dalam perkahwinan sebelum ini, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga kadangkala tidak pulang ke rumah berhari-hari.
“Ia membuatkan bekas isteri saya tidak gembira. Pengajaran terbesar yang saya pelajari daripada perkahwinan saya sebelum ini ialah wanita perlu berdikari dari segi kewangan,” kata Hidekazu kepada BBC.
Isterinya, Hiromi Takeda pula berkata; “Jika suami saya berada di rumah, saya mungkin tidak berasa bebas untuk melakukan beberapa perkara, yang membuatkan saya tertekan.
‘”Dengan cara ini, saya bebas daripada tekanan seperti itu,” katanya.-hmetro
The post Suami Isteri Unik Tinggal Berasingan appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan