Remaja Hilang Hampir Jadi Mangsa ‘Predator Seks Snapchat’
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Remaja Hilang Hampir Jadi Mangsa ‘Predator Seks Snapchat’
Washington: Seorang remaja di Malibu, Amerika Syarikat, yang hilang ditemukan selepas polis menjumpai telefon bimbitnya tertinggal di rumah ‘predator seks Snapchat’ sehingga membolehkan remaja itu dijejaki.
Claudia Frans Rubin, 15, hilang sekitar 4 pagi pada Rabu lalu di Torrance, menurut hantaran yang dibuat oleh kakaknya Gabrielle Rubin di Instagram.
Baca: Remaja Maut Dalam Tandas Terbiar, Rakan Main Api
Gabrielle berkongsi, detektif memaklumkan keluarganya, telefon bimbit Claudia ditemukan di rumah pemangsa berusia 28 tahun yang dikenali dari aplikasi Snapchat, tetapi Claudia tidak ditemukan di sana.
Portal The Independent melaporkan, suspek didakwa memandu dari Torrence ke kawasan kejiranan Rubin di Neptune’s Net di Malibu.
Pada Khamis, Gabrielle mengeluarkan kenyataan lain di media sosial mengatakan Claudia ditemukan selamat sekitar 2 petang.
“Terima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan kerana komuniti serta semua orang bergabung untuk menyampaikan berita kehilangan Claudia,” tulisnya.
Gabrielle berkata, Claudia dikesan oleh penduduk Torrence yang melihatnya dan memaklumkan polis.
“Dia selamat dan dalam keadaan baik dan dalam perjalanan ke hospital.
“Keluarga saya berterima kasih kepada anda, kerana anda, kami dapat menyatukan semula keluarga ini,” katanya.
Dalam catatan yang dibuat sebelum Claudia ditemukan, Gabrielle berkata, remaja itu kemungkinan memakai hoodie (pakaian berpenutup kepala) hitam.
Pelakon Charlie Sheen juga merayu di Twitter untuk membolehkan kepulangan Claudia dengan selamat, dengan menyatakan kehilangan itu adalah “amaran yang mengerikan mengenai rakan kesayangan anak perempuan saya.”-hmetro
The post Remaja Hilang Hampir Jadi Mangsa ‘Predator Seks Snapchat’ appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan