Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cacatkan Alat Sulit Supaya Jadi Wanita

Cacatkan Alat Sulit Supaya Jadi Wanita

Seorang wanita transgender Australia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia mencacatkan zakar sendiri supaya doktor dapat membuang kemaluannya seterusnya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang wanita.

New York Post melaporkan satu kajian kes yang memperincikan kejadian itu diterbitkan baru-baru ini, dalam jurnal perubatan Urology Case Reports.

Menurut laporan itu, wanita transgender berusia 57 tahun yang tidak dikenali itu dilahirkan sebagai lelaki tetapi merasakan dia dilahirkan dalam tubuh yang salah.

Doktor menyatakan bahawa mungkin tidak mahu membayar yuran perubatan yang besar, jadi dia dilaporkan cuba membakar alat kejantanannya dengan bahan kimia.

Kajian itu mendedahkan, pembedahan yang mengesahkan jantina boleh membabitkan penggantian zakar dengan faraj tiruan dan prosedur berkenaan tidak dilindungi oleh Medicare, insurans kesihatan awam kebangsaan Australia.

Akibatnya, pesakit mesti mendapatkan rawatan dalam sektor swasta, yang boleh menelan belanja yang terlalu tinggi.

Walaupun klinik tempatan tertentu ada merujuk pesakit dengan penyedia kesihatan dan penjagaan primer awam bersekutu, pesakit sering terpaksa menghadapi senarai menunggu yang panjang.

Masih tidak jelas bagaimanakah proses dan bahan kimia yang digunakan pesakit itu untuk mencacatkan alat sulitnya.

Menurut kajian, apabila pesakit tiba di bahagian urologi hospital, dia mengalami nekrosis (tisu mati) pada hujung zakar bersama-sama dengan luka terbakar selain bengkak dan kemerahan di sepanjang alat sulitnya.

Berdasarkan laporan perubatan, sebelum kejadian itu, pesakit juga sudah menjalani terapi kekurangan androgen yang menurunkan tahap hormon testosteron.

Selama tujuh hari, doktor merawat pesakit dengan menggunakan pembalut kasa, memberikan antibiotik intravena dan mengubah laluan aliran air kencing.

Ketika itulah terjadinya pereputan dan pasukan perubatan mendapati nekrosis mereputkan zakarnya.

Pembedahan kecemasan menyaksikan pasukan perubatan terpaksa memotong bahagian zakar yang mati dan kemudian mencipta lubang uretra pada bahagian yang hanya tinggal satu sentimeter.-hmetro

The post Cacatkan Alat Sulit Supaya Jadi Wanita appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!