Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

“Apa pewangi rumah kau guna ni sampai rasa macam dekat hotel atau rumah orang kaya. Wangi semerbak!”

Setiap kali orang berkunjung ke rumah, pasti seronok kalau mendapat pujian tentang kediaman kita bukan? Antaranya apabila orang puji bahawa kediaman kita berbau wangi seperti berada di lobi hotel. Sebenarnya mudah sahaja dan tidak perlu berbelanja mahal. Apa rahsianya?

Baca juga: Jangan ‘Main’ Tekan Minyak Je, Ini 8 Jenis Huruf Di Tayar Kereta Anda WAJIB Tahu

DIY PEWANGI RUMAH SUPAYA BAU MACAM RUMAH ORANG KAYA

pewangi rumah

Mendapat lebih 3 juta tontonan di akaun TikTok, saudara @ericalasri menunjukkan cara membuat pewangi rumah yang mudah dan murah. Menggunakan bahan yang ada di dapur saja, hasilnya kediaman berbau harum macam bau rumah orang kaya!

Bahan-bahan

-Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
-Garam kasar
-Kulit kayu manis
-Bunga cengkih

Cara membuat:

1. Masukkan garam kasar dalam bekas, kuantiti tak perlu banyak.

2. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih, pun tak perlu banyak sangat.

3. Tuang pewangi pakaian. Siap!

4. Dah tuang akan semerbak harum, kalah pewangi rumah yang selalu kita beli.

Kalau anda nak nampak lebih cantik dan eksklusif, gunakan bekas yang menarik seperti bekas kaca pun boleh.

Baca juga: Tak Payah Beli Baharu, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan Kuning Kunyit Dekat Blender Lama

Sumber: Tiktok @ericalasri

The post DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!