Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Pesawat Terhempas Juruterbang Selamat 18 Terkorban

Pesawat Terhempas Juruterbang Selamat 18 Terkorban

Sebuah pesawat penumpang terhempas ketika berlepas di Kathmandu pada Rabu, dengan juruterbang diselamatkan daripada serpihan yang terbakar, tetapi kesemua 18 yang lain terbunuh, polis di ibu negara Nepal memberitahu AFP.

Nepal mempunyai rekod prestasi yang menyedihkan dalam keselamatan penerbangan dan negara itu menyaksikan siri nahas pesawat ringan dan helikopter selama beberapa dekad.

Penerbangan Saurya Airlines itu membawa dua anak kapal dan 17 kakitangan syarikat itu, kata jurucakap polis Nepal, Dan Bahadur Karki kepada AFP.

“Juruterbang diselamatkan dan sedang dirawat,” tambahnya. “Lapan belas mayat ditemukan termasuk seorang warga asing. Kami dalam proses membawa mereka untuk bedah siasat.”

Penerbangan itu dijalankan sama ada untuk tujuan teknikal atau penyelenggaraan, Gyanendra Bhul dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal memberitahu AFP tanpa memberikan butiran lanjut.

Bahadur dan Bhul tidak dapat mengesahkan kewarganegaraan satu-satunya warga asing di dalamnya.

Pesawat itu terhempas kira-kira 11.15 pagi kata tentera dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pasukan tindak balas pantas tentera memberi bantuan dengan usaha menyelamat.

Portal berita Khabarhub melaporkan pesawat itu terbakar selepas terbabas di landasan.

Pesawat itu dijadualkan terbang di laluan udara paling sibuk Nepal antara Kathmandu dan Pokhara, hab pelancongan penting di republik Himalaya itu.

Saurya Airlines secara eksklusif menerbangkan jet Bombardier CRJ 200, menurut laman webnya.-hmetro

The post Pesawat Terhempas Juruterbang Selamat 18 Terkorban appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!