Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Budak 2 Tahun IQ Tinggi Termuda

Budak 2 Tahun IQ Tinggi Termuda

Ketika kanak-kanak seusia dengannya meraikan hari lahir dengan permainan, Isla McNabb pula menyambut ulang tahun ke-2 dengan menyebut perkataan yang ditulis pada tablet boleh padam.

Anak kelahiran Crestwood, Kentucky di Amerika Syarikat (AS) ini dalam misi menjadi ahli termuda Mensa, iaitu kelab masyarakat IQ tinggi tertua dunia.

Ibu bapanya, Jason dan Amanda memberitahu Guinness World Records yang mereka menyedari tahap intelektual anaknya berbeza dengan kanak-kanak lain selepas diberi tablet itu oleh ibu saudara sebagai hadiah hari jadi.

Jason menulis perkataan ‘merah (red)’ pada papan berkenaan dan Isla menyebut perkataan itu walaupun dia di bawah usia empat atau lima tahun, umur yang mana kanak-kanak berupaya menyebut perkataan.

Selepas itu, Jason berkata, dia mula menulis perkataan-perkataan lain untuk merangsang anaknya sehingga mereka membuat keputusan untuk membawa Isla menjalani ujian IQ.”Pakar psikologi yang menguji Isla mengkhusus dalam kanak-kanak berbakat (gifted children). Dia beritahu jarang menguji kanak-kanak tetapi membuat pengecualian selepas mendengar mengenai bakat Isla,” katanya.

Isla akhirnya mendapat markah dalam peratusan ke-99 kecerdasan bagi umur menurut ujian IQ Stanford-Binet dan berusia dua setengah tahun ketika ujian itu.

Pada 2 Jun 2022, Guinness secara rasmi mengiktirafnya sebagai ahli Mensa perempuan termuda di dunia.-hmetro

The post Budak 2 Tahun IQ Tinggi Termuda appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!