Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Basikal Keranda Inovatif

Basikal Keranda Inovatif

Paris: Seorang wanita, Isabelle Plumereau berbasikal mengelilingi Paris pada musim luruh, baru-baru ini, dengan menggunakan basikal dilengkapi keranda yang diharap akan membawa cara baharu lebih ‘hijau’ untuk mengendalikan pengebumian di ibu kota Perancis itu.

Baca: Jenis Basikal Perlu Anda Tahu Untuk Tips Beli Basikal

Pengebumian yang lebih senyap dan mementingkan alam sekitar adalah satu trend yang belum popular, tetapi ia semakin berkembang.

Plumereau berkata, mengangkut keranda dengan basikal yang direka khas boleh memberikan kadar yang lebih murah untuk kos pengebumian.

Walaupun kaedah inovatif itu sudah wujud di beberapa negara lain termasuk Switzerland dan Denmark, basikal uniknya akan menjadi yang pertama di Perancis untuk usaha berkenaan, menurut wanita berusia 51 tahun itu.

“Bagi saya, masuk akal untuk menggabungkan basikal dan keranda.

“Semua orang berjalan pada rentak yang sama (di belakang kereta jasad basikal) dan kami mendengar satu sama lain, kami mendengar bunyi alam di sekeliling kami, angin di dalam pokok, burung. Pada pandangan saya ini adalah cara terbaik untuk menghiburkan diri sendiri.” katanya.

Plumereau berkata, dia sudah mempunyai kebenaran rasmi untuk menggunakan basikal kerandanya selepas menyesuaikannya dengan peraturan Perancis dan hanya menunggu lampu hijau daripada syarikat insuransnya untuk bermula.

Orang ramai yang lalu lalang memandang ke arah basikal hitam dan kayu itu, ada antara mereka yang tertarik, tidak semua yakin.

“Ia agak inovatif,” kata Elyes Meziou yang berusia 49 tahun sebelum menambah dia tidak mahukannya untuk pengebumiannya sendiri.-hmetro

The post Basikal Keranda Inovatif appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!