Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi!

Siapa sangka air rendaman bendi ternyata boleh membantu melawan penyakit dan walaupun sudah mencecah usia 86 tahun tetapi masih kekal kuat.

Menurut perkongsian Mayee Nazrich di laman Facebooknya, air rendaman bendi tersebut mudah sahaja untuk dibuat dan hasilnya memang puas hati. Jom cuba.

Baca juga: Doktor Kongsi Makanan Kena Elak Jika Ada Gout, Bukan Hanya Seafood & Daging Sahaja

KELEBIHAN MINUM AIR RENDAMAN BENDI, MEMANG WOW

AIR RENDAMAN BENDI

Balik kampung haritu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86 tahun tapi masih kuat lagi. Bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar. 

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain. Tekanan darah ok, gula dalam darah pun ok, kencing manis tak ada, kolesterol rendah.

Bila tanya apa rahsia dia, dia kata cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak umur 30 tahun. 

Caranya mudah dan murah sahaja.

1. Beli 1 ikat kacang bendi.

2. Potong halus (basuh dulu ya)

3. Rendamkan 8 hingga 12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar (tak perlu rebus)

4. Minum mcm biasa, air tak rasa apa-apa pun

5. Bila air dah habis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2 hingga 3 kali. Sampai likat lendir dia habis.

6. Bendi tadi tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam atau letak dalam kari.

Antara khasiat kacang bendi adalah:

  • Membuang toksin dalam badan
  • Stabilkan bacaan gula dalam darah
  • Kurangkan radang paru-paru
  • Neutralkan asid dalam badan
  • Mengurangkan masalah penghadaman
  • Merawat ulser
  • Kurangkan kekejangan sendi
  • Membantu pertumbuhan bakteria baik
  • Mengelakkan sembelit
  • Mencuci hati
  • Air rebusan bendi boleh dijadikan ubat kudis atau bisul
  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Mengurangkan bengkak
  • Bantu perkembangan otak

Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Sangka Nasi Sejuk Ada Banyak Khasiat Berbanding Nasi Panas, Ini 5 Kelebihannya Patut Tahu!

Sumber: Facebook Mayee Nazrich

The post Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!