Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Main Liga M sebelah siang lebih praktikal

MOHD. FITRIE MUHAMMAD, Wartawan Eksekutif Kosmo!

TIDAK kira apa juga pertandi­ngan, negara ini memiliki ramai peminat bola sepak yang dianggap sebagai sukan nombor satu di peringkat global dan mempu­nyai jutaan pengikutnya ter­sendiri.

Sebut saja Bundesliga, Serie A, Ligue 1, La Liga atau pun yang paling tersohor, Liga Perdana Inggeris, pasti ada pengikut, malah baru-baru ini peminat di seluruh dunia dilanda ‘demam’ Piala Dunia, menyaksikan Argentina muncul juara.

Mengambil kira perbezaan masa dan waktu sebenar di Malaysia, majoriti perlawanan itu hanya dapat disaksikan secara siaran langsung di kaca televi­syen pada sebelah malam atau pun awal pagi, namun hakikatnya di venue sebenar ia dilangsungkan waktu tengah hari atau petang.

Tidak keterlaluan untuk me­ngatakan kadar pencahayaan menjadi antara sebab kepada penganjur pertandingan luar le­bih gemar melangsungkan perlawanan sebelah siang, malah jika di Eropah aspek cuaca juga mungkin antara yang turut diambil kira.

Situasi ini agak jauh beza de­ngan Liga Malaysia (Liga M) kerana sejarah pernah menunjukkan sepak mula pada sebelah petang hanya menjadi pilihan kedua buat sesebuah pasukan untuk bermain di gelanggang sendiri sekiranya kadar pencahayaan di stadium tidak mencapai tahap ditetapkan.

Bagaimanapun, seiring transformasi yang dilakukan terhadap Liga Malaysia (Liga M), baru-baru ini Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut memperkenalkan ‘nafas baharu’ kepada pilihan waktu sepak mula pada sebelah siang.

Slot masa perlawanan yang diberikan adalah pada pukul 4.30 atau 4.45 petang untuk aksi di Sabah dan Sarawak, manakala 5.15 atau 5.30 petang bagi perlawanan di Semenanjung.

Mungkin ada yang beranggapan faktor cuaca di negara ini tidak sesuai untuk perlawanan dilangsungkan pada sebelah siang, sebaliknya Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah membuktikan sebaliknya ketika menoktahkan kemenangan ke atas juara Liga Korea Selatan, Ulsan Hyundai untuk mengungguli carta Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman juga menyambut baik pendekatan diambil MFL dan berasakan aksi sebelah siang harus dilihat daripada sudut positif demi kebaikan kelangsungan kelab, terutamanya untuk hadapi musim penuh mencabar.

“Kita di Kelantan FC ada pe­ngalaman bermain di waktu petang, jadi jadual yang dibuat MFL pada saya main petang dapat bantu peminat wanita hadir ke stadium sebab kalau semua perlawanan main malam, habis pada jam 11 atau 12 malam saya rasa peminat wanita nak datang pun dia takut.

“Jadi, kalau buat petang dapat elak unsur-unsur negatif, malah boleh bawa anak-anak kecil. Pada saya, apabila anak-anak muda datang ke stadium, ia patut digalakkan sebab ia sebenarnya beri impak lima, 10 atau 20 tahun ke depan sebab mereka ini ada memori untuk meminati apa yang ayah mereka minat ketika muda.

“Saya rasa untuk pemba­ngunan industri bola, kalau ada waktu siang, dalam masa 20 tahun nanti mereka akan membesar dan minat bola sepak. Jadi, kenapa kita tidak mencuba main waktu petang. Pada saya, MFL sudah tentu telah buat kajian mendalam untuk setiap waktu dan masa yang dirancang,” katanya.

Hakikatnya, selain soal keselamatan yang lebih terjamin buat peminat wanita serta kanak-kanak, banyak lagi faedah boleh diraih jika perlawanan dilangsungkan pada sebelah siang.

The post Main Liga M sebelah siang lebih praktikal appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!