Resepi biskut semperit raya Che Nom - biskut dahlia
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Berikut adalah resipi untuk Semperit Klasik - dahlia
250g mentega
¾ cawan (90g) gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan (120g) tepung kastad
1 cawan (120g) tepung jagung
2 cawan (250g) tepung gandum
Ceri merah dan hijau
Potong kecil ceri merah dan hijau.
Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
Tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut di dalam mangkuk adunan.
Masukkan gula icing lalu gaul sampai agak sebati tetapi jangan terlebih gaul.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum. Gaul dahulu dan kemudian, masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
Rehatkan adunan seketika.
Uli doh memanjang dan masukkan ke dalam acuan.
Terap adunan secara beralun satu persatu di atas loyang.
Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
Kemudian, semperit klasik siap untuk dihidang.
Gunakan mentega tulen (pure butter) untuk rasa yang lebih sedap.
Pastikan mentega dilembutkan dahulu tetapi masih dalam keadaan sejuk.
Ayak gula icing jika berketul sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
Elakkan menggaul adunan berlebihan untuk mengelakkan bunga jatuh atau tidak menjadi.
Jika adunan terlebih tepung, tambah mentega lembut sedikit demi sedikit.
Tutup adunan dengan kain semasa menerap untuk mengelakkan kekeringan.
Rehatkan adunan selama setengah jam di bawah kipas sebelum dibakar untuk mengekalkan bentuk bunga
Marjerin dan mentega yang mana lebih berkhasiat?
: Diperbuat daripada lemak haiwan (krim susu).
: Tinggi lemak tepu dan kolesterol.
: Mengandungi nutrien semula jadi seperti vitamin A, D, E, dan K.
: Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung kerana kandungan lemak tepu dan kolesterol.
: Diperbuat daripada minyak sayuran.
: Rendah kolesterol dan mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk jantung.
: Boleh membantu menurunkan kolesterol LDL jika diperkaya dengan sterol atau stanol tumbuhan.
: Sesetengah marjerin mungkin mengandungi lemak trans, yang berbahaya untuk kesihatan kardiovaskular.
Pilihan antara mentega dan marjerin bergantung kepada keperluan kesihatan individu. Marjerin biasanya dianggap lebih sihat untuk jantung jika bebas lemak trans, manakala mentega lebih semula jadi tetapi tinggi lemak tepu. Sentiasa periksa label pemakanan sebelum membeli.
BACA JUGA : Adakah marjerin Daisy menyihatkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan