Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Rumah penuh lumpur, air paip pula tiada

ALOR SETAR – “Kami sudah letih cuci rumah kerana setiap kali berlaku air pasang besar, rumah pasti dilanda banjir lumpur.”

Itu keluhan penduduk di pekan Kuala Kedah dekat sini yang mengakui fenomena air pasang besar yang melanda sekurang-kurang dua kali sebulan membuatkan mereka tidak tidur lena.

Seorang penduduk, Hazida Azmi, 42, berkata, banjir akibat air pasang besar sudah lama berlaku, namun keadaan menjadi semakin teruk sejak dua tahun kebelakangan ini.

“Saya lahir di sini dan fenomena air pasang adalah biasa tetapi banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini bawa lumpur laut. November tahun lepas, paling teruk banjir sampai ke dalam rumah kerana fenomena air pasang besar.

“Kejadian terbaharu dua tiga hari ini bila air pasang, rumah dinaiki air lagi bersama lumpur.

“Kami sekeluarga memang tak boleh tidur lena semalaman ke­rana risau. Pagi ini kami terpaksa cuci rumah yang dipenuhi lumpu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut penjawat awam itu, keadaan menjadi lebih buruk apabila penduduk turut berdepan masalah bekalan air di kawasan itu sejak setahun lalu.

“Mula pukul 8 malam hingga 8 pagi air tak ada. Jadi kena tunggu pagi baru boleh cuci rumah. Kami berharap sangat pihak berkaitan memandang serius perkara ini, kami sudah letih,” katanya.

Sementara itu Che Su Hassan, 57, yang sudah 50 tahun menetap di kawasan itu juga mengakui banjir kilat di kawasan tersebut akibat fenomena air pasang besar semakin buruk.

“Tengoklah selut (lumpur) ini, dahulu banjir kilat tak bawa selut tebal macam ini, jadi tak perlu cuci rumah seteruk ini.

“Kami merayu sangat wakil rakyat yang baru dipilih baru-baru ini ambil berat perkara ini selesaikan masalah penduduk di kawasan in,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, fenomena air pasang itu melanda beberapa kawasan seperti Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra Kuala Kedah, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.

“Kami sentiasa pantau keada­an semasa air pasang,” katanya.

The post Rumah penuh lumpur, air paip pula tiada appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!