Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Hukum Melewatkan Solat Dengan Sengaja, Jangan Ambil Ringan

Sesetengah orang lebih memilih untuk menunaikan solat di akhir waktu kerana ada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, perkara seperti ini nampak remeh namun hukum melewatkan solat memberikan impak yang besar.

Ikuti penerangan lanjut di bawah untuk penjelasan lebih teliti.

Baca juga: Hukum Petik Bunga Di Kubur Orang Lain Untuk Letak Atas Kubur Ahli Keluarga Sendiri

HUKUM MELEWATKAN SOLAT, TAK APA KE?

HUKUM MELEWATKAN SOLAT

Allah SWT berfirman:

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

Maksudnya: “Peliharalah semua solat (mu), dan (peliharalah) solat wusta. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.” [QS. Al-Baqarah [2]: 238]

Maksud solat wusta di atas adala solat Asar kerana ia berada di tengah-tengah, didahului oleh dua solat sebelumnya yang dilakukan pada siang hari iaitu solat Subuh dan solat Zohor serta dua solat selepasnya pada malam hari iaitu solat Maghrib dan Isyak.

Di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sabda Nabi SAW:

مَنْ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat asar, maka sia-sialah amalnya.” Riwayat al-Bukhari.

Menerusi perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman YouTubenya, setiap waktu sembahyang perlu solat pada waktu yang ditetapkan dan bukan pada ketika azan.

Sebagai contoh, jika solat Maghrib bermula pada jam 7.30 sehingga 8.30 itu bermakna waktu tersebut adalah masa yang wajib untuk menunaikan solat.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan dalam setiap jam yang ada pada waktu solat, terdapat 5 waktu iaitu:

1. Waktu fadhilah (waktu utama)

Waktu yang paling awal selepas azan dan paling banyak pahala sekiranya menunaikan solat ketika masa ini.

2. Waktu ikhtiar (waktu yang kita boleh pilih)

Menunaikan solat selepas 15 minit azan berkumandang.

3. Waktu jawaz (waktu harus)

Harus sembahyang pada waktu tersebut. Contoh menunaikan solat Zohor pada jam 3.30 itu bermakna harus dan tidak melakukan perkara haram.

4. Waktu makruh

15 hingga 20 minit nak masuk waktu solat lain. Pemilihan waktu ini dibenci dan tidak disukai oleh Allah jika disengajakan.

5. Waktu tahrim

Haram perbuatan melambatkan solat sekiranya hampir masuk waktu lain.

Melain untuk solat Isyak, ia dibolehkan untuk solat bermula awal waktu hingga hujung waktu. Antara sunnah Rasulullah SAW adalah menunaikan solat Isyak pada tengah malam.

Oleh itu jangan ambil ringan dengan setiap waktu yang sudah ditetapkan. Jika tiada sebarang masalah, ada baiknya solat di awal waktu.

Jangan dilengah-lengahkan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Seluar Pendek 3 Kali Berturut- turut, Take Note Kaum Adam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus & Ilmu Alam

The post Hukum Melewatkan Solat Dengan Sengaja, Jangan Ambil Ringan first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!