Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Ini Punca Asyik Menguap NON-STOP & Mengantuk Siang Hari Walaupun Dah Cukup Tidur..

“Penat dah aku menguap ni! Semalam tidur rasanya cukup je tapi selalu mengantuk siang hari, dah kenapa?”

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mengalami situasi seperti di atas bukan? Rasanya macam sudah dapatkan waktu tidur yang secukupnya tetapi tetap menguap 40 kali di pejabat sampai ditegur bos. Bukan sebab baru makan tengah hari sahaja malah berikut merupakan penyebab yang dikongsikan oleh pakar tentang keadaan ini.

Baca juga: Tidur Asyik Tak Cukup, Muka Dah Macam Zombie..Rupanya Anda Ada Tanda Insomnia!

KERAP MENGANTUK SIANG HARI WALAUPUN DAH CUKUP TIDUR MALAM?

mengantuk siang hari

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda kerap mengantuk di siang hari walaupun sudah tidur dengan secukupnya atau lebih pada waktu malam? 5 sebab ini mungkin jawapan yang anda cari! Antara puncanya ialah :

1. APNEA TIDUR

Apnea tidur merupakan keadaan di mana nafas anda boleh terhenti seketika sewaktu anda sedang lena tidur. Ia merupakan sejenis gangguan tidur dan berlaku disebabkan saluran pernafasan yang tersumbat (obstructive sleep apnea).

Apabila anda sukar bernafas, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk bangun dan bernafas semula.  Perkara seperti ini yang menyebabkan tidur anda terganggu memandangkan anda mungkin akan terbangun beberapa kali setiap malam.

2.KERAP MENGANTUK KERANA SLEEPWALKING

Pernahkah anda mengalami keadaan sleepwalking atau berjalan ketika tidur? Ia mungkin tidak berlaku kepada anda tetapi ada sesetengah individu yang berhadapan dengan masalah ini.

3. JAM BIOLOGI TERGANGGU

Untuk pengetahuan anda, jam biologi atau ritma sirkadian merupakan waktu segala fungsi organ dan tubuh anda berfungsi secara semula jadi. Apabila ia terganggu, maka ia boleh menyebabkan seseorang itu sering mengantuk.

Antara mereka yang sering mengalami gangguan jam biologi adalah mereka yang bekerja shift tidak menentu, mereka yang menaiki penerbangan ke zon waktu berbeza atau mereka yang bekerja pada waktu malam.

4. PENGAMBILAN ALKOHOL

Bagi mereka yang mengambil alkohol, anda perlu tahu bahawa ia boleh menyebabkan anda kerap mengantuk di siang hari. Akohol boleh meningkatkan pengeluaran hormon epinefrin iaitu hormon stres yang memberi kesan kepada degupan jantung & rangsangan terhadap badan.

5. SINDROM KAKI RESAH (RESTLESS LEG SYNDROME)

Sindrom kaki resah juga boleh membuatkan anda mengalami gangguan ketika tidur malam. Sindrom ini menyebabkan anda tidak boleh mengawal diri daripada menggerakkan kaki ketika tidur pada waktu malam. Ia berlaku apabila terdapat rasa sensasi yang tidak selesa pada kawasan kaki.

mengantuk siang hari

Sebenarnya, ada beberapa lagi punca lain yang boleh menyebabkan isu ini, namun ini adalah punca-punca yang paling biasa dan kerap berlaku.

*Jadi buat anda yang sering tertanya-tanya kenapa mengantuk pada waktu siang ibarat tiada hari esok, inilah jawapannya. Bila bos tanya, jangan beritahu sebenarnya anda main game sampai pukul 3 pagi ya. 

Sumber: Twitter @DrSamhan

The post Ini Punca Asyik Menguap NON-STOP & Mengantuk Siang Hari Walaupun Dah Cukup Tidur.. first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!