Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Resepi KACANG BOTAK Goreng ‘Crispy’, Kudapan Ringkas & Mudah Untuk Raya!

Kacang botak merupakan kudapan atau snek yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan. Jadi, jom belajar buat kudapan ini dengan resepi kacang botak goreng yang crispy, dikongsikan saudara Are Peace ini.

Apabila buat sendiri, akan lebih rasa puas hati kerana kuantitinya yang banyak berbanding paket kacang botak yang dijual di kedai. Selain itu, ada juga perkongsian cara untuk mengelakkan kacang dari melekat ketika menggoreng.

Baca juga: Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!

RESEPI KACANG BOTAK

resepi kacang botak

Gambar: Are Peace

Buat kudap-kudapan kacang botak sambail tengok cerita pukul 6, hehe.

Bahan-bahan:

  • 400g kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil ajinamoto
  • 1 kiub ikan bilis (kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras

Baca juga: Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!

Baca juga: Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!

Cara-caranya:

resepi kacang botak

Gambar: Are Peace

  1. Bersihkan kacang tanah dan jangan basuh terlalu lama.
  2. Lepas basuh terus keringkan, jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven je sekejap).
  3. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandung dan tepung beras, gaul sampai sebati.
  5. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.
  6. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
  7. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak masak akan terbentuk. Lepas masukkan kacang itu, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat.
  8. Goreng sehingga masak.

Siappp! Senang saja.

Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

Sumber: Are Peace

FT Image: Are Peace

The post Resepi KACANG BOTAK Goreng ‘Crispy’, Kudapan Ringkas & Mudah Untuk Raya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!