Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

5 keadaan usahawan perlu waspada

TAK sampai dua bulan, kita nak menutup tahun ini. Cabaran sentiasa ada dan tahun depan dijangka penuh cabaran hingga ada katakan krisis 2023 adalah yang paling teruk dalam tempoh 100 tahun.

Sebab itu, saya dan RichWorks persiapkan bangsa usahawan dalam 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) baru-baru ini supaya mereka lebih bersedia.

Program tiga hari itu sedikit sebanyak akan berikan usahawan-usahawan kesedaran, panduan dan strategi yang boleh digunakan untuk mereka lebih bersedia dan lakukan tindakan segera, insya-Allah.

Buat pengetahuan anda, ketika ini saya sedang menjalankan sesi 1 on 1 dengan usahawan Titanium di bawah bimbingan kami.

Alhamdulillah, ramai usahawan ini tak fokus kepada masalah, sebaliknya fokus kepada penyelesaian.

Apa saya nak tekankan di sini ialah jangan bebankan diri anda dengan masalah berlebihan.

Usahawan kena fokus kepada apa yang nak dicapai dan belajar daripada kesilapan atau kegagalan orang lain.

Masalah sesetengah usahawan pula, belajar kesilapan sendiri pun tak nak, apatah lagi belajar dengan orang lain.

Mereka lebih rela buat kesilapan berulang kali, suka berikan alasan kenapa tak berjaya sedangkan boleh berjaya kalau buat keputusan betul, insya-Allah.

Saya juga dapati 80 peratus usahawan kami menyaksikan peningkatan momentum jualan hingga ada yang pecah rekod, manakala 20 peratus lagi sedang melakukan perubahan bagi mempersiapkan bisnes masing-masing.

Kali ini, saya nak kongsikan dengan anda lima faktor luaran yang tidak boleh kita kawal, namun boleh memberikan impak kepada usahawan.

Bangsa usahawan perlu sedar dengan lima faktor luaran yang sedang dan akan berlaku di masa akan datang.

1. Kadar faedah yang dijangka semakin meningkat

Seperti mana yang dijangka sebelum ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Khamis lalu.

Usahawan pasti terkesan dari segi pinjaman mereka, namun langkah BNM ini suatu tindakan penting untuk mengimbangi kadar inflasi dalam negara.

Sehubungan itu, usahawan yang bersedia perlu melihat kembali kos terlibat dan melakukan perubahan yang diperlukan.

Usahawan perlu mempunyai pengurusan kewangan, terutama aliran tunai yang baik bagi memastikan kelancaran operasi bisnes.

2. Bekalan rantaian bekalan tak mencukupi

Ia melibatkan barang-barang import terutama dari China, yang mana mereka belum rancang buka ekonomi sepenuhnya lagi. Dijangka ekonomi China akan dibuka selepas Februari 2023.

3. Kenaikan harga minyak dan sumber tenaga

Dijangka ia akan berterusan kerana berkaitan dengan peperangan dan secara tak langsung akan berikan impak kepada usahawan.

4. Isu hartanah

Harga rumah dijangka meningkat dan ada yang mungkin jatuh, di samping pinjaman perumahan juga dikhuatiri banyak tak dibayar.

5. Peperangan

Bila berlakunya peperangan seperti di Ukraine, ia akan mengganggu eksport bahan mentah dari negara terlibat.

The post 5 keadaan usahawan perlu waspada appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!