Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Tatu Bola Mata, Ibu Lima Anak Hampir Buta

Tatu Bola Mata, Ibu Lima Anak Hampir Buta

Dublin: Gara-gara membuat tatu pada bola matanya, wanita berusia 32 tahun dari Belfast, Ireland, menanggung derita apabila mengalami cacat penglihatan.

Oddity Central melaporkan, Anaya Peterson, penuntut jurusan undang-undang dan peminat pengaruh pengubahsuaian badan Amber Luke, tidak dapat melihat selama tiga minggu.

Ia selepas dia membuat tatu pada bola matanya dengan warna biru dan ungu, yang perlahan-lahan menjejaskan penglihatannya.

Baca: Kasut Kekal Tatu Di Kaki Kekal Selamanya

Ibu kepada lima anak itu terdorong melakukannya kerana kagum dengan wajah unik Luke.

Dia kemudian nekad membuat tatu pada bola matanya sendiri dua tahun lalu walaupun sudah diberi amaran oleh anak perempuannya yang berusia tujuh tahun mengenai kemungkinan buta.

Peterson membuat tatu bola mata kanannya pada Julai 2020, diikuti pada mata kiri , lima bulan berikutnya, walaupun mengalami sakit kepala dan masalah mata kering semasa proses penyembuhan.

Prosedur itu nampaknya berjalan lancar, namun hanya pada Ogos tahun lalu, kelopak matanya membengkak.

Oleh kerana bengkak itu semakin teruk, Peterson ke hospital untuk memeriksa keadaannya dan antibiotik kelihatan tidak memberi kesan terhadap keradangan.

Dia menerima ubat melalui titisan selama tiga hari dan biopsi diambil daripada salah satu bola matanya.

Akhirnya, Peterson terpaksa menjalani pembedahan mata untuk menyelamatkan penglihatannya.

Walaupun masalah keradangan dapat diselesaikan, warna pada bola matanya memberi kesan serius terhadap penglihatannya.

Selepas memeriksanya, pakar oftalmologi memberitahu Peterson bahawa wanita itu berisiko tinggi menghidap glaukoma dan penglihatan sudah merosot secara drastik.-hmetro

The post Tatu Bola Mata, Ibu Lima Anak Hampir Buta appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!