Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Piala Malaysia: Kemelut Nafuzi tak jejas fokus TFC

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

Kemelut di luar padang tidak menjejaskan moral dan fokus Terengganu FC (TFC) untuk turun bertemu Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, anak buahnya lebih bersemangat bagi menceriakan penyokong setia Sang Penyu.

“Anak buah saya sentiasa bersedia untuk bermain dengan penuh keazaman dan sema­ngat juang tinggi. Bukan itu saja, kami teruja berpeluang mara ke pentas final selepas Piala FA.

“Mereka sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan sejak awal musim dan momentum itu boleh dikekalkan,” katanya.

Nafuzi berkata, beliau dan anak buahnya mahu terus fokus bagi mencapai penamat musim yang menggembirakan.

Sehubungan itu, beliau dan para pemainnya memberi jaminan memberi komitmen 200 pe­ratus di atas padang bagi mencari bekalan selesa untuk dibawa ke gelanggang sendiri.

“Skuad The Red Giant bukan lagi lawan sama yang kami tewaskan ketika aksi separuh akhir Piala FA lalu sekaligus kami perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Tambahnya, Selangor tidak pernah tewas dalam lapan perlawanan iaitu enam kali menang dan dua seri selain hanya bolos tiga gol sejak Cheng Hoe mengemudinya.

“Selangor menunjukkan ba­nyak perubahan, corak permai­nan lebih tersusun dan saya tahu Cheng Hoe suka bermain (penguasaan) bola serta penggunaan dua pemain sayap yang laju.

“Apa pun saya harap kami dapat mengekalkan rentak kemenangan dan meraih keputusan positif untuk pertemuan kedua,” katanya.

The post Piala Malaysia: Kemelut Nafuzi tak jejas fokus TFC appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!