Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Bandar Kyle Kumpul Nama Kyle

Bandar Kyle Kumpul Nama Kyle

Bandar Kyle di Texas dalam misi memecahkan rekod dunia dengan menghimpunkan lebih 2,000 individu bernama Kyle di sebuah tempat, dalam satu masa.

Karnival Kyle turut diadakan sempena acara itu yang dijadual pada 19 hingga 21 Mei di Lake Kyle Park.

UPI melaporkan pihak perbandaran berhasrat mengumpulkan 2,326 individu bernama Kyle, sekali gus memecah rekod Guinness World Record terdahulu yang menghimpunkan 2,325 individu bernama Ivan di Bosnia Herzegovina pada 2017.

“Untuk memecahkan rekod ini, kami menyeru mana-mana dan semua yang bernama Kyle.

“Kami memerlukan Kyle tinggi, Kyle pendek, Kyles muda dan Kyles tua untuk memecah rekod lima tahun lalu,” kata Pengurus Acara Khas City of Kyle, Claudia Rocha dalam siaran media.

Menurutnya, pihaknya sangat teruja dan menaruh harapan tinggi yang acara berkenaan dapat mengeluarkan seberapa ramai Kyle diperlukan.

Kyle yang mendaftar di khemah VIP akan menerima baju-T percuma, sementara kemasukan ke pesta itu adalah percuma.-hmetro

The post Bandar Kyle Kumpul Nama Kyle appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!