Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resipi Kuah Gulai Kosong, Boleh Makan Dengan Apa Saja!

https://ift.tt/Kqe0JtZ

kuah gulai

Kuah gulai kosong ini boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi atau roti seperti roti canai, roti paratha, roti jala, dan banyak lagi.

Ia juga sangat mudah untuk dibuat dan rasa dia memang sedap! Kalau nak tahu cara membuatnya, jom tengok resipi di bawah ini.

Dengan langkah-langkah yang ringkas dan bahan yang mudah didapati, anda boleh membuat kuah gulai ini dalam tempoh masa yang singkat.

Baca juga: Resipi Roti Jala Mudah & Sedap, Lembut Sampai Esok Pagi Walaupun Dah Semalaman!

RESIPI KUAH GULAI KOSONG

kuah gulai

Bahan A (dimayang halus):

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sebanyak 1 cawan dalam kuali.
2. Masukkan bahan A (bawang putih, bawang merah, dan halia) ke dalam kuali dan tumis hingga garing.

Bahan B:

  • Rempah kari ikan 3 sudu makan
  • Rempah biryani 1 sudu makan
  • Rempah kurma 1 sudu makan
  • Serbuk cili 2 sudu besar

Cara-cara:

1. Setelah bahan A garing, masukkan semua bahan B. Kecilkan api dapur.
2. Apabila rempah-rempah masak dengan baik, tambah 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
3. Masukkan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Kemudian, tambahkan 1 1/2 cawan air lagi. Biarkan ia mendidih selama 5 minit.
5. Masukkan santan pekat (atau santan kotak sebanyak 100 ml) dan kacau. Sederhanakan api dapur.
6. Biarkan kuah mendidih selama 15 minit sambil dikacau.
7. Setelah itu, masukkan 1 sudu kecil air asam jawa pekat dan tambah 50 ml santan pekat.
8. Biarkan kuah mendidih selama 5 minit lagi.
9. Kuah gulai kosong sudah siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Resepi Kuih Muih

Baca juga: Resipi Roti Canai Ini Lagi Lembut Lagi Kedai Mamak, Teramat Senang!

The post Resipi Kuah Gulai Kosong, Boleh Makan Dengan Apa Saja! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!