Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resipi Mi Goreng Lembap Ini Tumis Guna Bawang Putih Saja, Tapi Memang Layan!

https://ift.tt/Lek2MCJ

mi goreng sedap

Rupanya, anda tidak memerlukan banyak bahan untuk menghasilkan mi goreng sedap dan menggoda. Dengan resipi ini, hanya bawang putih diperlukan untuk menumis.

Dengan langkah-langkah mudah dan bahan yang ringkas, mi goreng ini bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga pasti sangat memuaskan selera. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

RESEPI MI GORENG SEDAP

mi goreng sedap

Bahan-bahan:

  • 2-3 ulas bawang putih (ketuk)
  • Cili giling
  • Sos cili dan sos 3 rasa (jenama Mahsuri)
  • Ayam
  • Udang
  • Mi kuning
  • Sawi
  • Kicap mee
  • Kiub ayam (jenama pilihan)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili giling sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian, masukkan udang dan ayam. Kacau rata dan masak sehingga berubah warna. (Tip: Nak lagi sedap, boleh tambah sotong!)
  3. Masukkan sos cili, sos 3 rasa, dan kiub ayam. Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga bahan-bahan mesra.
  4. Masukkan mi kuning dan sedikit air panas. Gaul rata supaya mi lembut dan terserap perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan sawi dan kicap mee. Kacau lagi sehingga semua bahan masak sekata dan mi berwarna cantik.

Tips:

  • Untuk elakkan mi kembang, bila dah nak siap, letak air panas, kacau sedikit dan tutup api.

Kredit resipi dan gambar: أم عقيل فوزيه يوسف

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

The post Resipi Mi Goreng Lembap Ini Tumis Guna Bawang Putih Saja, Tapi Memang Layan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!