Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya memaklumkan permohonan MyKid akan dibuka semula mulai 29 Julai ini.
Jelas JPN, permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan buat sementara waktu pengeluarannya kerana kekurangan bekalan cip bagi kad mentah terbabit.
Baca juga: Hasil Berjimat Selama 21 Tahun, Lelaki Ini Berjaya Bersara Dengan Simpanan RM4 Juta
PERMOHONAN MYKID DIBUKA SEMULA MULAI 29 JULAI INI

Kredit: New Straits Times
Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih.
Tambah JPN lagi, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai sehingga 31 Oktober ini. Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Kerjasama pemohon yang berkenaan diperlukan bagi memastikan MyKid yang dicetak akan dituntut oleh pemohon, sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan pihak kerajaan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan ibu bapa yang ingin memohon, jangan lupa untuk lakukan pemohonan.
Baca juga: 4 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga
Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara
The post Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan