Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Takut Beritahu Isteri Diri Dah ‘Jobless’, Lelaki Ini Sanggup Pura-Pura Pergi Kerja Setiap Hari

Gara-gara takut memberitahu isteri dan keluarga, seorang lelaki di Hong Kong terpaksa berpura-pura pergi bekerja walaupun sudah dipecat tahun lalu. Lelaki berusia 46 tahun itu yang tidak mahu identitinya didedahkan menjelaskan dia sudah memohon hampir semua pekerjaan di laman web pekerjaan Hong Kong tetapi nasib masih tidak menyebelahinya.

Baca juga: Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

TAKUT BERITAHU ISTERI DAH TAK KERJA, LELAKI INI SANGGUP PURA-PURA KERJA

Dia menyangka telefon bimbitnya rosak kerana tidak menerima sebarang panggilan daripada agensi pekerjaan.

“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas. Saya tidak berani memberitahu isteri saya,” katanya.

Lelaki berkenaan hanya mengharapkan cuti umum sahaja supaya dia boleh tinggal di rumah tanpa disoal oleh isterinya. Walaupun agar sukar menjalani kehidupan berpura-pura namun dia tetap terpaksa melakukannya.

Dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baharu Cina yang bakal tiba dengan membeli pakaian baharu dan memberikan bungkusan merah kepada anaknya seperti biasa yang dilakukan sebelum ini.

Walaupun mempunyai simpanan, dia tetap risau kerana mungkin tidak dapat bertahan dengan penipuannya itu dan memerlukan pekerjaan yang benar-benar bergaji.

Sumber: South China Morning Post

The post Takut Beritahu Isteri Diri Dah ‘Jobless’, Lelaki Ini Sanggup Pura-Pura Pergi Kerja Setiap Hari first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!