Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Liga Super: JDT menang tipis, Sabah FC ‘makan’ besar

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kesempurnaan pada kempen Liga Super musim ini selepas meraih kemenangan ke-9 dengan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) 1-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari mengekalkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai trio berbisa seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri.

Skuad JDT dilihat agak bergelut dengan pasukan tuan rumah mempamerkan corak bertahan sepanjang perlawanan dengan penjaga gol dilihat cemerlang menafikan beberapa percubaan awal skuad pelawat.

Namun, kerja keras JDT akhirnya berhasil apabila Forestieri meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-61 untuk memastikan pasukan melebarkan cengkaman pendahulu Liga Super dengan mengutip 27 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan Sabah FC tidak memberi belas ihsan apabila mudah menewaskan Kelantan FC 6-1 untuk kembali berada di landasan kemenangan.

Gol-gol pasukan The Rhinos disumbangkan oleh Daniel Ting pada minit ke-4 dan ke-11, Dominic Tan (m-48), Baddrol Bakhtiar (m-61), Stuart Wilkin (m-75) dan Telmo Castanheira apda masa kecederaan.

Sementara itu, jaringan saguhati skuad The Red Warriors dilakukan oleh pemain import, Miguel Cifuentes pada minit ke-46.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah FC kini meraih 17 mata manakala Kelantan FC kekal dengan empat mata selepas mengharungi sembilan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: JDT menang tipis, Sabah FC ‘makan’ besar appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!