Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Gadis imigresen mahu jadi pelakon

Menyimpan cita-cita sejak kecil ingin berkhidmat dalam unit beruniform, akhirnya impian gadis tinggi lampai berasal dari Bachok, Kelantan ini termakbul apabila dia kini merupakan seorang pegawai imigresen.

Noorul Asyikin Zulkufli, 24, atau lebih mesra disapa Ekin memberitahu, kerjaya bapanya sebagai pegawai polis mendorong keinginannya menyertai pasukan keselamatan.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis kacukan Siam itu berkongsi perihal hidupnya termasuk keterujaannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Ekin?
EKIN: Lepasan Diploma Sains dan Komputer, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Seorang yang suka makan dan pandai masak masakan Timur. Kini, saya sudah dua tahun berkhidmat sebagai kakitangan imigresen dan bertugas di UTC, Pudu, Kuala Lumpur.

Kongsi pengalaman sebagai penjawat awam?
Paling diingati ketika bertugas di kaunter pasport. Persis pepatah banyak udang, banyak ga­ram, banyak orang, banyak ragam, begitulah perumpamaan menggambarkan betapa ‘lelahnya’ melayan karenah orang setiap hari.
Tahap kesabaran akan teruji, namun hari berganti, Ekin sudah lali dengan semua itu dan pe­ngalaman mendewasakan saya menjadi penjawat awam yang berintegriti, mesra dan mudah untuk didekati.

Siapa Ekin jika bukan kakitangan imigresen?
Seorang pelakon, model atau usahawan. Ekin akan menggunakan bakat melukis untuk menghasilkan visual produk yang unik dan menarik perhatian orang.
Jujurnya Ekin juga meminati bidang lakonan dan sekiranya ditawarkan naskah dan watak bersesuaian selain tidak mengganggu tugas hakiki mengapa tidak?

Aktiviti di masa lapang?
Melukis. Ekin suka perkara yang berkaitan dengan seni, namun kesibukan kerja membataskan waktu untuk Ekin betul-betul fokus kerana melukis memerlukan konsentrasi yang tinggi.

Pertama kali mengundi, kongsikan perasaan?
Sangat teruja dan gembira. Namun demi tuntutan tugas, Ekin tidak dapat pulang ke Kelantan sebaliknya menunaikan tanggungjawab melalui undi pos. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak muda buatlah pilihan yang tepat. Setiap undi amat berharga, satu undi mampu menjatuhkan legasi yang lama terbina maka undilah dengan teliti.

EKIN mahu anak muda keluar mengundi dan
membuat pilihan yang tepat pada PRU15.

. Selain rupa paras, imam saya kelak mempunyai wawasan dan hala tuju selain hormat ibu bapa saya.

Pengalaman pahit dalam hidup?
Ekin pernah menjadi mangsa fitnah seseorang ketika di universiti dahulu sehingga dipulaukan rakan-rakan yang lain. Pada awalnya, emosi dan mental Ekin sangat tidak stabil, Ekin berasa sangat sedih dan tidak tahu untuk berbuat apa lagi demi memulihkan perhubungan.

The post Gadis imigresen mahu jadi pelakon appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!