Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Budak 4 Tahun Bermain Dengan 200 Anak Buaya

Budak 4 Tahun Bermain Dengan 200 Anak Buaya

Rakaman imej seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Thailand, bermain dengan ratusan buaya yang baru lahir mencetuskan kebimbangan meluas dalam talian.

Ibunya, Kwanrudee Siripreecha meraih perhatian netizen selepas menyiarkan beberapa video anak perempuannya bermain dengan lebih 200 anak buaya, awal bulan ini, lapor saluran TV Thailand, Thaich8 News.

Kanak-kanak itu dilihat tidak gentar, malah gembira memegang dan bermain dengan anak reptilia itu sambil berbaring di dalam kolam.

Semakan pada profil Facebook milik Kwanrudee menunjukkan, dia mengusahakan ladang buaya di Thailand.

Kwanrudee berkata, anak perempuannya itu suka dengan anak buaya, sejak dia berumur dua tahun.

“Anak perempuan saya suka meletakkan reptilia yang baru lahir dalam mangkuk air dan melihat ia berenang.

“Buaya itu usianya kurang daripada 15 hari dan belum tumbuh gigi, jadi mereka tidak menggigit,” katanya kepada Thaich8 News.

Menurutnya, dia juga memantau dengan teliti anak perempuannya semasa bermain dan akan menariknya keluar dari kolam, jika terdapat sebarang tanda bahaya.

“Apabila anak buaya ini membesar, mempunyai banyak gigi serta mempunyai kulit lebih tebal, saya tidak akan membiarkan anak bermain dengan haiwan itu lagi,” katanya.

Biarpun apapun alasan wanita itu, tindakannya itu membiarkan anaknya bermain dengan reptilia terbabit dikecam dengan ramai netizen.

Thailand ialah salah satu pengeluar dan pengeksport produk buaya terbesar di dunia termasuk kulit, daging dan produk sampingan lain.

Jabatan Perikanan Thailand memaklumkan, negara ini mempunyai lebih 1,000 ladang yang menghasilkan 1.2 juta buaya.-hmetro

The post Budak 4 Tahun Bermain Dengan 200 Anak Buaya appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!