Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tengok gambar saja pun dah buat kroang terliur nak makan kan~ Hah ini lah dia Wanpaku Tuna Sandwich yang popular dekat Jepun tau! Geram je kan tengok padat-padat isi dalam sandwich ini. Jom kita buat sendiri di rumah.
Apa yang lebih menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan yang murah tetapi sihat.
Untuk satu saiz hidangan Wanpaku Tuna Sandwich ini, korang pasti akan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet!
Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan
Sandwich ini memang unik sekali kerana ia mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan mendapat tekstur yang menarik!
Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nurasykin Ali di laman Facebook dan mendapat 625 perkongsian!
RESIPI WANPAKU TUNA SANDWICH ALA JEPUN
Bahan-bahan:
- Kewpie Mayonnaise
- Kewpie Dressing Roasted Sesame
- Tuna
- Cheese
- Roti
- Ceri tomato
- Telur puyuh
- Salad
- Lobak
*Bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.
Cara penyediaan:
1. Sapukan roti dengan butter/marjerin.
2. Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.
3. Letak sekeping cheese atas roti. Kemudian salad.
4. Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.
5. Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak pula. Tutup dengan sekeping roti.
6. Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
7. Ulang semula dengan susun di atasnya dengan salad, mayonis dan lobak.
8. Tutup dengan roti yang terakhir. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.|
9. Wanpaku Tuna Sandwich sedia untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
The post Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan