Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Laminate Geran Tanah Boleh Dikategorikan Rosak & Kena Mohon Baru!

Geran tanah, kereta, rumah dan lain-lain merupakan dokumen penting yang perlu dijaga dengan rapi. Sesetengah orang memilih untuk membuat ‘laminate’ agar tidak mudah rosak.

Walau bagaimanapun, tindakan itu sebenarnya salah dan akan menyebabkan kesusahan untuk menguruskan sebarang masalah pada masa akan datang.

Baca juga: Cara Paling Mudah Cuci Pelapik Dalam Kasut, Baru Kaki Tak Berbau Busuk!

JANGAN LAMINATE GERAN TANAH, DIKATEGORIKAN ROSAK

GERAN TANAH

Menurut Khalil Md Rofiee, tindakan laminate pada geran tanah akan dikategorikan sebagai rosak dan tidak diterima. Ini bermakna anda perlu membuat dokumen baharu dan mengambil masa yang lama.

Empat keadaan yang sering terjadi membabitkan geran tanah adalah:

1. Kes harta pusaka yang terpaksa ditangguh lama kerana kerosakan geran tanah.

2. Perlu ambil masa sebulan untuk membuat geran tanah baharu.

3. Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai dianggap rosak atau ‘total lost.’

4. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli selepas kematian pemilik.

Alternatif lain selain laminate adalah anda boleh menggunakan fail jernih yang bersesuaian dengan saiz untuk melindungi dokumen.

Menurut laman rasmi Pejabat Tanah dan Galian, dokuman yang ada laminate sememangnya akan dikategorikan sebagai rosak.

Jadi, untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, jangan sesekali laminate dokumen dan sijil anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini

Sumber: Facebook Fadil Mohd Yusof, Mstar & Pejabat Tanah dan Galian.

The post Laminate Geran Tanah Boleh Dikategorikan Rosak & Kena Mohon Baru! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!