Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

“Malunya Lutut Hitam…”-Jangan Risau, Jom Putihkan Guna Bahan Di Rumah Je

Masalah lutut hitam tidak asing lagi dalam kalangan kita baik lelaki atau wanita. Masalah ini sememangnya mampu mengganggu keyakinan diri kerana warna lutut berbeza dengan warna anggota tubuh yang lain.

Walaupun lutut hitam tidak mendatangkan bahaya namun, pasti ramai yang mencari petua putihkan lutut hitam agar dapat menambah keyakinan diri. Petua kali ini mudah sahaja kerana hanya menggunakan bahan di rumah. Wow kan?

Baca juga: “Alamak! Kuningnya…”- Patutlah Gigi Kuning Walaupun Dah Berus, Ini Puncanya

PETUA PUTIHKAN LUTUT HITAM GUNA BAHAN DI RUMAH, BERKESAN!

PETUA PUTIHKAN LUTUT HITAM

1. TEH HIJAU

Sebatian utama, epigallocatechin gallate (EGCG) dalam teh hijau mampu mencerah kulit. Berikut adalah cara untuk menggunakan teh hijau:

  • Rendam satu beg teh hijau dalam 1 cawan air panas. Biarkan sejuk.
  • Celupkan kapas ke dalam teh dan perah lebihan.
  • Leret ke lutut dan ulang dua kali sehari.

2. GEL ALOE VERA

Ramai orang berpendapat gel aloe vera boleh mencerahkan kulit. Menurut kajian 2002 dalam dermatologi klinikal, aloesin yang ada dalam aloe vera mampu mengurangkan hiperpigmentasi disebabkan oleh pendedahan matahari. Cara-caranya:

  • Sapukan 1 sudu gel aloe vera ke lutut.
  • Sapukan perlahan-lahan pada kulit dengan tangan yang bersih.
  • Ulang 2 hingga 3 kali seminggu.

3. KUNYIT

Kunyit digunakan secara konvensional untuk mencerahkan kulit kerana kandungan curcumin yang terdapat dalam kunyit mampu membuatkan kulit cerah. Untuk memutihkan lutut menggunakan kunyit anda boleh:

  • Satukan ½ sudu teh kunyit dan 1 sudu besar yogurt atau madu.
  • Sapukan pes ke lutut dan tunggu 10 hingga 15 minit.
  • Bilas dan lembapkan. Ulang 2 hingga 3 kali seminggu.

PETUA PUTIHKAN LUTUT HITAM

4. GULA & MINYAK ZAITUN 

Gula berfungsi sebagai sumber pengelupasan yang sangat baik, manakala minyak zaitun bantu melembapkan kulit. Cara-caranya:

  • Campurkan kuantiti minyak zaitun dan gula yang sama untuk membuat pes.
  • Sapukan campuran ini pada lutut.
  • Gosok kulit menggunakan campuran ini selama kira-kira lima minit dan bilas.

5. LEMON

Penggunaan lemon tidak asing lagi untuk membantu memutihkan kulit kerana kandungan vitamin C. Jika anda menggunakan lemon untuk memutihkan lutut, pastikan pakai pelembap setiap kali selepas rawatan. Cara-caranya:

  • Basuh lutut dan sapu separuh daripada buah limau pada lutut.
  • Gosok selama 10 minit dan kemudian biarkan jus kering.
  • Basuh jus menggunakan air sejuk.

PETUA PUTIHKAN LUTUT HITAM

6. OAT & YOGURT

Lutut yang kering boleh menyebabkan kehitaman, jadi anda boleh guna oat dan yogurt untuk melembapkan kulit. Caranya mudah sahaja iaitu:

  • Campurkan oatmeal dan yogurt sehingga sebati.
  • Kemudian sapukan pada siku lutut
  • Biarkan sehingga 20 minit dan sedia untuk dibilas.

7. KENTANG

Kentang mempunyai fungsi yang boleh membantu dalam mengurangkan kehitaman lutut. Cara-caranya:

  • Hiriskan kentang dan sapu pada lutut selama beberapa minit.
  • Biarkan jus kentang kira-kira 15 minit dan bilas.

Selain mencantikkan warna lutut anda, tips di atas boleh juga dicuba untuk memutihkan siku hitam. Selamat mencuba!

Sumber: Healthline

The post “Malunya Lutut Hitam…”-Jangan Risau, Jom Putihkan Guna Bahan Di Rumah Je first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!