Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

50 Ribu Guru Mogok Naik Gaji

50 Ribu Guru Mogok Naik Gaji

Kira-kira 50,000 guru di New Zealand menyertai mogok pada Khamis, selepas rundingan untuk kenaikan gaji antara kesatuan sekerja dan Kementerian Pendidikan menemui jalan buntu.

Guru yang menuntut gaji lebih baik mengibarkan sepanduk mengisytiharkan “tidak mampu membayar doktor gigi” bertindak melakukan mogok sehari sehingga memaksa tadika serta sekolah rendah dan menengah ditutup di seluruh negara.

Baca: Kanak-Kanak 6 Tahun Tembak Guru Dalam Kelas

Kesatuan sekerja berhujah tawaran gaji terbaru kerajaan tidak sepadan dengan inflasi dan sektor pendidikan berada pada ‘titik krisis’ kerana kekurangan guru.

“Pendidikan berkualiti adalah hak asasi manusia,” kata Chris Abercrombie dari Persatuan Guru-Guru Sekolah Rendah.

“Sedihnya, sebagai guru kami melihat hak itu perlahan-lahan, dan pastinya, terjejas.

“Penambahbaikan kepada gaji guru dan keadaan kerja adalah penting untuk mengekalkan kakitangan yang berpengalaman dan mengambil graduan,” katanya.

“Kami ingin menghantar mesej kepada kerajaan mengenai betapa seriusnya kami memerlukan perubahan”, kata Mark Potter, presiden Institut Pendidikan New Zealand.

“Kami semua mahukan yang terbaik untuk pelajar kami tetapi tanpa perubahan kepada sistem kami tidak boleh memberikannya kepada mereka.

Menteri Pendidikan Jan Tinetti berkata, beliau kecewa melihat guru mogok dan mahu pertikaian itu diselesaikan dengan cepat.

Kos sara hidup menjadi isu politik utama di New Zealand ketika kerajaan bergelut untuk mengawal inflasi.

Angka baru-baru ini mencadangkan ekonomi New Zealand menyusut mencetuskan kebimbangan kemelesetan yang semakin hampir.

tuntut gaji, guru, sepanduk, mogok, Wellington, New Zealand, xnstp-hmetro

The post 50 Ribu Guru Mogok Naik Gaji appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!